Harian Metro

Meja makan wujud sejak awal perabadan Yunani, Rom

-

Menyingkap sejarah meja makan, dikatakan perkataan meja berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘tabula’ yang bermaksud papan.

Kewujudan meja makan dikatakan bermula sejak awal peradaban Yunani dan Rom yang sering menjadikan jamuan makan sebagai acara besar atau penting.

Namun, model atau perkakas yang dikatakan menyerupai dan berfungsi seperti meja makan direkodkan sejak zaman Mesir kuno lagi.

Meja makan lebih giat dihasilkan seiring dengan kemunculan empayar Eropah yang menekankan kehidupan dan jamuan makan mewah.

Ketika itu, bahan utama digunakan untuk membuat meja makan adalah batu marmar yang mengetenga­hkan gaya meja makan elegan dan glamor.

Kebiasaann­ya, ia datang dalam saiz besar dengan bentuk segi empat tepat bagi membolehka­n ketua rumah duduk di bahagian hujung meja.

Kedudukan itu memberi keistimewa­an pada ketua rumah untuk melihat semua tetamu dan isi rumah yang memenuhi meja makan.

Pada zaman itu, bilangan keluarga bukan saja ramai, tapi satu kediaman biasanya didiami keluarga besar.

Meja makan bukan sekadar elemen atau tumpuan utama pada ruang makan makan malah, turut menjadi tempat untuk keluarga bersosial atau bersembang.

Tidak lama selepas itu, Empayar Rom pula memperkena­lkan model meja makan bulat pada Itali iaitu satu inovasi alternatif terkemuka bagi meja makan segi empat tepat.

Reka bentuk bulat juga membenarka­n setiap ahli keluarga atau individu yang duduk di meja makan itu mempunyai pandangan yang sama rata tanpa kewujudan ketua meja atau hos.

Suasana di meja bulat juga santai, tidak formal dan lebih relaks berbanding meja makan segi empat tepat.

Kewujudan material canggih dan proses teknologi terkini mendorong penghasila­n lebih banyak meja makan dengan pelbagai gaya, saiz yang bukan sekadar menghiasi ruang makan tapi memenuhi cita rasa berbeza setiap individu.

 ??  ?? MODEL perabot yang mempunyai rupa bentuk dan fungsi seperti meja makan dipercayai
wujud sejak zaman Mesir kuno.
MODEL perabot yang mempunyai rupa bentuk dan fungsi seperti meja makan dipercayai wujud sejak zaman Mesir kuno.
 ??  ?? REKA bentuk meja makan bersaiz besar dengan bentuk segi
empat tepat sering ditampilka­n pada zaman dahulu.
REKA bentuk meja makan bersaiz besar dengan bentuk segi empat tepat sering ditampilka­n pada zaman dahulu.
 ??  ?? MEJA makan bulat mewujudkan suasana yang
lebih santai dan tidak formal.
MEJA makan bulat mewujudkan suasana yang lebih santai dan tidak formal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia