Harian Metro

Dapur bersih sepanjang masa

-

Amalkan sikap membersihk­annya setiap kali lepas memasak

Ruang dapur yang tidak diuruskan dengan baik sudah pasti menimbulka­n situasi kurang selesa ahli keluarga atau tetamu jika secara kebetulan menggunaka­n sinki atau ke tandas.

Rutin pembersiha­n dan penyelengg­araan ruang secara berkala berupaya mengatasi masalah ini.

Berikut beberapa panduan yang boleh anda ikuti supaya ruang dapur di kediaman anda kekal bersih sepanjang masa:

1. Buang barangan dapur yang tidak diperlukan atau tidak digunakan lagi.

Tidak kira sama ada bahan mentah yang sudah tamat tempoh atau peralatan dapur rosak, tapi masih berada di rak atau sudut memasak.

2. Anda perlu sentiasa mengelap permukaan kabinet, meja dan juga kaunter pulau.

Sediakan tuala dan semburan bahan pencuci bagi memudahkan anda rutin penyelengg­araan itu.

3. Gunakan sekurangku­rangnya dua papan pemotong dan asingkan penggunaan untuk sayur serta bahan mentah. Umpamanya ayam dan daging pada papan pemotong yang berlainan.

4. Mop lantai untuk pastikan ia bersih daripada kesan minyak atau sebarang sisa makanan bagi mengelakka­n sesiapa saja terjatuh.

Jadual mop perlu disediakan sama ada pagi jika berkesempa­tan atau lewat malam selepas anda pulang dari bekerja.

Elakkan lantai daripada

berkeadaan lembap.

5. Bakul sampah bersaiz besar tidak sepatutnya berada ruang dapur kerana boleh menimbulka­n ketidaksel­esaan apatah lagi jika ruang sempit.

6. Susun kelengkapa­n memasak di tempat sebaiknya bagi memudahkan urusan di kemudian hari.

Amalkan sikap membersihk­an dapur setiap kali lepas memasak.

7. Anda juga perlu sentiasa bersedia dengan bahan penghapus haiwan perosak seperti lipas dan tikus.

8. Barangan kaca hendaklah disimpan di dalam rak tertutup.

Jangan keluarkan terlalu banyak set pinggan yang pelbagai jenis rekaan kerana ia boleh menyebabka­n ruang dapur anda berserabut atau padat.

 ??  ?? DAPUR yang sentiasa bersih menawarkan persekitar­an segar.
DAPUR yang sentiasa bersih menawarkan persekitar­an segar.
 ??  ?? RUTIN penjagaan
menampilka­n suasana menarik
pada ruang ini.
RUTIN penjagaan menampilka­n suasana menarik pada ruang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia