Harian Metro

Anak Bongsu

- Hazril Md Nor gen.y@hmetro.com.my

Anak bongsu sering dikaitkan dengan sifat manja dan inginkan perhatian. Kalau dalam kalangan keluarga, mereka biasanya akan mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa. Apa saja dipinta, pasti dapat.

Sudahnya, anak bongsu kadangkala dilabel mengada-ngada dan sukar berdikari. Adik-beradik lain malah kawan tidak kurang juga yang memandang rendah kepada mereka. Tapi tahukah anda, anak terakhir dalam keluarga mempunyai keistimewa­an sendiri?

Lihat tanda di bawah sama ada ia bersamaan dengan perangai sebenar anda.

1. SUKA BERKAWAN DENGAN ORANG LEBIH BERUSIA

Anak bongsu bukan saja mudah bergaul dengan adik-beradik malah lebih gemar berkawan dengan teman rapat yang lebih berusia daripadany­a. Pendek kata, mereka akan cari kenalan sama ada di tempat kerja ataupun lingkungan sosial yang lebih luas.

Ini kerana mereka yang lebih berusia adalah calon sesuai untuk berkongsi pengalaman hidup dan cara berdepan masalah. Bagi segelintir anak bongsu, mereka lebih selesa meminta pendapat orang luar terutama yang lebih berpengala­man dalam industri bagi membentuk karier yang lebih baik pada masa depan.

2. TIADA MASALAH HIBURKAN DIRI SENDIRI

Mungkin ramai menganggap anak bongsu sering bergantung kepada banyak pihak untuk mendapatka­n apa diinginkan­nya. Namun, situasi ini sangat subjektif dan bergantung kepada cara dia membesar.

Bagi segelintir mereka, tiada masalah untuk berseorang­an dan mencari cara sendiri untuk berhibur. Sama ada ingin melancong, menonton wayang atau sebagainya ia boleh dilakukan seorang diri. Bagi mereka, kepuasan itu lebih penting dan tiada bebelan mereka yang lebih berusia.

3. BELAJAR DARIPADA KESILAPAN

Kebanyakan anak bongsu juga mudah belajar daripada kesilapan. Mereka seorang yang mudah ‘tangkap’ maklumat dan menimba pengalaman berbeza daripada adik-beradik lain. Jika abang atau kakak pernah gagal dengan teruk, lain pula bagi mereka.

Pengalaman adik-beradik lain mengajar si bongsu untul lebih berhati-hati membuat keputusan. Contohnya dalam soal memilih jodoh dan kerjaya. Bagi diri mereka, lebih baik memilih jalan selamat daripada masuk perangkap seperti yang dihadapi adik-beradik lain.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia