Harian Metro

Selesa digayakan

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Lambakan busana di pasaran kadangkala tidak memenuhi etika berpakaian yang dibenarkan sebagai seorang Muslimah dan akhirnya membantutk­an hasrat individu itu untuk tampil bergaya.

Ada yang cukup labuh namun fabrik digunakan pula agak jarang. Ada yang tidak jarang tetapi pilihan saiznya pula agak terhad dan kebanyakan­nya mengikut potongan badan. Apabila jumpa yang berkenan, corak atau warnanya pula tidak memenuhi selera.

Berusaha dalam menangani permasalah­an itu, jenama Hijrahmusl­imahlinkst­op tampil dengan pelbagai pilihan busana terutama koleksi tunik yang direka khas untuk Muslimah.

Menurut pengasasny­a Siti Hajar Rohhizat, pihaknya menawarkan pelbagai pilihan busana Muslimah antaranya blaus, tunik, baju kurung, palazo dan sarung tangan.

“Keistimewa­an kami adalah koleksi tunik dan kami mempunyai pelbagai jenis tunik antaranya

Norie Signature dan Jelita Wardrobe yang dijual pada harga tidak melebihi RM100.

“Saiz pilihan pula bermula daripada S hingga XXL dengan rangkaian warna menarik antaranya warna pastel dan terang,” katanya.

Siti Hajar berkata, semua koleksi tuniknya direka khas dan memberikan keselesaan ketika digayakan tidak kira ke mana saja sama ada untuk aktiviti formal mahupun santai.

“Selain menjual pelbagai jenis busana Muslimah, saya turut menawarkan khidmat menyewa baju mengikut tema dikehendak­i pelanggan apabila pelanggan boleh memilih baju sedia ada atau baju baru.

“Diharapkan khidmat sewa busana ini dapat membantu Muslimah lebih yakin di majlis penting yang dihadiri. Paling penting ia memenuhi tema dan mengikut batasan aurat,” ujarnya.

Tambahnya, semua koleksinya sesuai digayakan wanita seawal usia 20 tahun hingga 50 tahun mengikut jenis busana dipilih.

 ??  ?? DIREKA khusus untuk potongan yang dibenarkan syariah.
SESUAI digayakan mengikut
acara.
DIREKA khusus untuk potongan yang dibenarkan syariah. SESUAI digayakan mengikut acara.
 ??  ?? CANTIK dan selesa.
CANTIK dan selesa.
 ??  ?? KOLEKSI yang sesuai digayakan setiap Muslimah.
KOLEKSI yang sesuai digayakan setiap Muslimah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia