Harian Metro

Ilusi kurus kepada pemakai

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Tampil cantik, kelihatan langsing dan sopan dengan busana pilihan bukan saja menggembir­akan hati pemakai malah dapat meningkatk­an tahap keyakinan diri ketika berdepan umum.

Keyakinan diri adalah ciri yang sangat penting dan perlu ada pada diri setiap orang. Keyakinan diri inilah yang membuatkan seseorang itu lebih istimewa apatah lagi jika digandingk­an fesyen yang menepati personalit­inya.

Tampil dengan koleksi Carya Suit, jenama

Caryazara mengetenga­hkan koleksi kasual yang selesa dan sopan dengan rekaan baju labuh pada bahagian belakang dan menutupi punggung dipadankan dengan celana longgar.

Diasaskan Naimey

Abd Jalil dan Nik Zalina

Nik Abdullah, Carya Suit memberi ilusi kurus pada pemakai disebabkan potonganny­a yang istimewa.

Menurut Naimey, koleksi itu direka dengan bahagian depan baju yang sedikit singkat berbanding bahagian belakang baju yang diyakini mampu memberi ilusi langsing.

“Material Santana yang digunakan juga tahan lasak, tidak jarang, selesa dan rekaannya juga sopan. Lebih menarik apabila koleksi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia