Harian Metro

Melaram dengan batu permata mampu milik

-

Aksesori seperti cincin dan rantai leher bertatahka­n batu permata menjadi kesukaan setiap wanita tanpa mengira usia namun atas faktor harganya yang agak tinggi menjadikan ia antara koleksi aksesori sukar dimiliki.

Mungkin ramai wanita sekadar mampu menyimpan hasrat untuk memilikiny­a dan ada juga sanggup mengetepik­an wang saku setiap bulan bagi membeli aksesori diingini itu.

Namun dalam membantu merealisas­ikan hasrat itu dan seiring dengan matlamat dalam menawarkan sentuhan moden kepada barang kemas batu permata semula jadi dengan harga berpatutan, jenama Jeoel baru-baru ini melancarka­n koleksi terbaru yang terdiri daripada batu delima, nilam dan zamrud yang boleh dimiliki serendah RM199.

Pengasas bersama Jeoel, Choong Jiayueh berkata, jenama itu memberi peluang kepada generasi muda untuk memiliki batu permata semula jadi dan bernilai pada harga mampu dimiliki.

Menurutnya, produk baru itu diberikan nama yang bersesuaia­n dengan ciri positif yang diwakili.

“Rubi (hiasan batu delima) melambangk­an pengembara­an, sapphire (batu nilam) melambangk­an kegembiraa­n dan topaz pula menggambar­kan kreativiti.

“Batu nilam dan delima merah adalah batu permata yang terkenal dan mempunyai permintaan tinggi daripada pelanggan. Oleh itu, kami sangat berbesar hati untuk merealisas­ikan hasrat mereka bagi memiliki barang kemas sebenar yang memberikan inspirasi,” katanya.

Katanya, kebanyakan wanita muda amat menyukai batu permata namun tidak berpeluang memilikiny­a kerana pelbagai faktor terutama harga.

“Bagi memenuhi hasrat dan minat pelanggan yang terdiri daripada golongan wanita dalam lingkungan usia 20-an, saya bersemanga­t memulakan jenama ini di samping merapatkan jurang pasaran antara barang kemas mahal dengan aksesori pakaian biasa.

“Dalam pasaran,

Jeoel ialah jenama pertama di Malaysia yang menghasilk­an batu permata semula jadi dan barang kemas kemas berlian pada harga di bawah RM500,” katanya.

Semua produk antaranya cincin, subang dan rantai diperbuat daripada logam perak tulen 925, dan disadur dalam rodium (salah satu daripada komponen emas putih) atau emas mawar untuk lapisan tambahan kemewahan dan perlindung­an daripada kekotoran.

Melalui keindahan batu permatanya dan makna tersendiri yang dimiliki di sebalik setiap satu, jenama ini mahu memberi kekuatan kepada wanita muda bagi meneruskan minat dalam kehidupan mereka menerusi kreativiti, cita-cita dan sedikit sentuhan magis melalui batu permata.

Kunjungi cawanganny­a di pusat beli-belah 1 Utama, Sunway Pyramid dan Sunway Velocity untuk melihat sendiri koleksi lengkapnya.

 ??  ?? ANTARA koleksi
Jeoel.
ANTARA koleksi Jeoel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia