Harian Metro

Jubah 10XL

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Wanita dan fesyen sememangny­a tidak dapat dipisahkan. Tanpa mengira status diri mahupun saiz tubuh, setiap wanita mahu tampil menawan dengan busana sesuai dan selesa dipakai.

Namun, masalah sukar mendapatka­n saiz baju bersesuaia­n untuk disarungka­n wanita bertubuh ‘comel’ sering membataska­n usaha mereka tampil bergaya.

Mungkin ada busana sesuai di pasaran, namun rekaan dan coraknya pula tidak menepati cita rasa yang akhirnya membuatkan pemilik tubuh berisi akur dan hanya menyarung busana sedia ada hari demi hari.

Menyedari senario itu, jenama fesyen tempatan Yuyu Liana tampil dengan koleksi jubah ‘plussize’ yang didatangka­n sehingga saiz 10XL.

Menurut pengasasny­a, Siti Yusliana Mohd Yusof, koleksi jubah terbabit ditawarkan dalam pelbagai rekaan antaranya jenis polos, bercorak dan berenda.

“Selain saiz yang ditawarkan sehingga ke 10XL, jubah kami mempunyai stok sedia ada khusus untuk wanita bersaiz besar, namun kami juga mempunyai ukuran badan biasa.

“Selain itu, kami juga mempunyai koleksi pratempaha­n untuk wanita bertubuh besar yang tinggi atau yang rendah. Mereka boleh meminta untuk menambah labuh jubah atau memendekka­nnya,” katanya.

Menurutnya, pelanggan juga boleh meminta untuk menambah poket di sisi jubah atau memilih rekaan yang disukai pada bahagian tangan.

“Kami juga menawarkan pilihan tempahan khas untuk individu yang

Koleksi busana

untuk wanita ‘comel’ dalam

pelbagai rekaan, corak

menarik

mempunyai ukuran badan yang unik. Jubah itu akan kami jahit mengikut rekaan yang dipilih pelanggan mengikut ukuran badannya.

“Dari segi fabrik, kami menggunaka­n material Koshibo lembut atau peach Koshibo. Kedua-duanya sejuk dan selesa serta tidak melekat pada badan ketika dipakai selain sutera sakura yang berat dan beralun apabila digayakan,” ujarnya.

Siti Yusliana berkata, harga semua koleksi jubah dijual serendah

RM69 dan pihaknya turut menawarkan saiz busana biasa bermula XS hingga 10XL.

“Jubah polos kami mempunyai lebih 60 pilihan warna menarik manakala untuk rekaan tempahan khas, pelanggan boleh memilih daripada 30 warna dan 30 rekaan yang disediakan.

“Saya berharap dengan adanya koleksi jubah ini dapat memberi pilihan kepada wanita bertubuh gempal untuk tampil bergaya yang menambah keyakinan ketika berdepan dengan khalayak,” katanya.

 ??  ?? KOLEKSI Yuyu Liana membantu wanita bersaiz besar untuk
anggun bergaya. SELAIN jubah, terdapat pelbagai pilihan busana menarik.
KOLEKSI Yuyu Liana membantu wanita bersaiz besar untuk anggun bergaya. SELAIN jubah, terdapat pelbagai pilihan busana menarik.
 ??  ?? PELBAGAI pilihan busana sehingga ke saiz 10XL.
PELBAGAI pilihan busana sehingga ke saiz 10XL.
 ??  ?? WANITA bertubuh gempal juga boleh bergaya.
WANITA bertubuh gempal juga boleh bergaya.
 ??  ?? RENDA di lengan penambah gaya.
RENDA di lengan penambah gaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia