Harian Metro

LUMBA LAJAK RM6

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 40 pelumba cilik bayar wang pertaruhan untuk pamer aksi berani

“Game lajak datang lagi.” Itu antara mesej yang disebarkan melalui aplikasi Wechat dan WhatApps sehingga mengumpulk­an lebih 40 pelumba basikal lajak sekitar daerah ini malam kelmarin.

Berdasarka­n maklumat dalam mesej, penganjur mengadakan perlumbaan dengan bayaran pertaruhan RM6 untuk sebuah basikal manakala penganjur memperoleh habuan RM2 bagi setiap peserta.

Ada 11 senarai nama penunggang menyertai pertanding­an itu menggunaka­n pelbagai gelaran seperti basikal bisu, basikal mariam, fixie adik dan palang bawah.

Mereka yang menyertai perlumbaan pula membabitka­n kumpulan kanak-kanak dan remaja lelaki menjadikan kawasan jambatan baru berhampira­n Teluk Pulai dekat sini sebagai litar perlumbaan malam kelmarin.

Difahamkan peserta membabitka­n kanak-kanak dan remaja berusia belasan tahun mula berkumpul mulai jam 8.30 malam di Tanjung Syawal sebelum bergerak ke Teluk Pulai. Pelbagai aksi seperti

superman dan wheelie digayakan penunggang basikal itu.

Malah, rakaman video menunjukka­n ada antara kanak-kanak itu menunggang basikal dalam keadaan bahaya.

Begitupun tindakan ‘berani’ mereka tidak bertahan lama apabila sepasukan polis melakukan operasi terhadap mereka.

Dalam operasi jam 9 malam kelmarin, sepasukan polis diketuai Pegawai Penguat kuasa Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Asisten Superinten­dan Mohd Harman Mohd Haniff menahan 14 peserta lumba basikal lajak berusia antara 11 hingga 15 tahun ditahan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara dalam usaha membantera­s basikal lajak itu selepas mendapat maklumat awam.

Beliau berkata, ada antara peserta perlumbaan berpecah namun pihaknya berjaya menahan kumpulan itu di Teluk Pulai.

“Seramai 14 kanak-kanak dan remaja ini ditahan dan dibawa ke Balai Trafik Klang Selatan. Kami turut memanggil ibu bapa mereka sebelum semua dibebaskan,” katanya.

Sementara itu saman dikeluarka­n ke atas mereka mengikut LN

166/59 Kaedah-Kaedah

Lalu Lintas 1959 kerana kesalahan menunggang

basikal.

 ??  ??
 ??  ?? BASIKAL lajak yang diubah suai yang dirampas polis. ‘PELUMBA’ mengangkut basikal untuk dimasukkan ke dalam lori sebelum dibawa ke Balai Trafik Klang Selatan.
BASIKAL lajak yang diubah suai yang dirampas polis. ‘PELUMBA’ mengangkut basikal untuk dimasukkan ke dalam lori sebelum dibawa ke Balai Trafik Klang Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia