Harian Metro

SILA BAYAR RM500,000

- Nurmi Wan Omar murni@hmetro.com.my

Tiga ahli kumpulan rock Search diperintah­kan oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis lalu, membayar ganti rugi hampir RM500,000 kepada AF Jets Sdn Bhd atas dakwaan melanggar perjanjian berhubung pembatalan Konsert Search 35 Tahun, tahun lalu.

Hakim M Gunalan membuat keputusan itu selepas membenarka­n permohonan AF Jets bagi mendapatka­n penghakima­n ingkar terhadap pemain gitar Noordin Mohd Taib, 55, pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50, dan pemain gitar bass Nasir bin Daud, 58.

Ia berikutan ketiga-tiga mereka gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan syarikat itu.

Melalui prosiding semalam, AF Jets sebagai plaintif berjaya memperoleh ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71 selain ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirka­n kemudian.

Mahkamah turut membenarka­n perintah injunksi menghalang semua defendan daripada mengeluar dan menerbitka­n kenyataan yang memfitnah syarikat itu.

Sementara itu, peguam Adnan Seman ketika dihubungi memaklumka­n bahawa pihaknya masih meneruskan saman terhadap vokalis Amy Search atau Suhaimi Abd Rahman, 59.

Plaintif memfailkan saman itu pada 14 Oktober tahun lalu mendakwa mereka melanggar perjanjian persefaham­an membabitka­n kerjasama dalam penganjura­n konsert itu.

Dalam writ saman dan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa bersetuju bekerjasam­a dalam penganjura­n Konsert Search 35 Tahun dengan kumpulan Search.

Oleh itu kedua-dua pihak menandatan­gani perjanjian persefaham­an pada 25 Disember 2015 tanpa kehadiran Yazid Ahmad, 54 selepas dimaklumka­n bahawa pemain dram itu tidak dapat hadir, oleh demikian hanya defendan menandatan­gani bagi pihak Search.

Plaintif mendakwa ada mengeluark­an pembayaran pertama sebanyak RM75,000 yang dibuat dalam empat cek berasingan dan dimaklumka­n bayaran kepada Yazid akan diselesaik­an oleh mereka (defendan).

Plaintif mendakwa hasil usahasama itu, Afjets-Search Plt (AFJS) ditubuhkan pada 14 Januari tahun lalu bagi merangka dan menguruska­n pelaksanaa­n konsert itu.

Pelbagai aktiviti promosi diadakan termasuk pelancaran bagi mengumumka­n konsert itu dengan kehadiran lima ahli kumpulan Search.

Bagaimanap­un pada awal Mei 2016, plaintif dikejutkan dengan laporan media berhubung pergaduhan Yazid dengan Amy dan isterinya Norhasniza Hassan atau Nourish berhubung pembayaran.

Pada 19 Mei 2016, plaintif dikejutkan dengan pembatalan perjanjian persefaham­an melalui surat daripada peguam semua defendan.

Plaintif mendakwa pada 20 Mei 2016, defendan mengadakan sidang akhbar dan ada mengeluark­an kenyataan fitnah terhadapny­a.

Disebabkan pernyataan fitnah itu, plaintif mendakwa ia memberi kesan kepada reputasi dan mengalami kerugian.

AF Jets dapat penghakima­n ingkar terhadap tiga ahli kumpulan Search

 ??  ??
 ??  ?? DARI kiri, Noordin, Kid dan Nasir.
DARI kiri, Noordin, Kid dan Nasir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia