Harian Metro

HEIDI TERLALU UNGGUL

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Atlet renang negara Heidi Gan menepati ramalan apabila memenangi emas renang perairan terbuka 10km wanita di Kompleks Sukan Air Putrajaya semalam.

Heidi yang muncul juara Asia Mei lalu nyata unggul apabila mendahului peserta lain dari awal hingga akhir saingan.

Dia mencatatka­n 2 jam 11.02 saat, mengatasi Benjaporn Sriphanomt­horn (Thailand) yang meraih perak 2’16:37s dan Chantal Liew Li-Shian (Singapura) untuk gangsa 2’21:30s.

“Selepas Olimpik Rio, sasaran utama saya sememangny­a mahu memenangi emas di depan penyokong sendiri.

“Sebenarnya bukan saja mahu menang tapi ingin mendomasi saingan dan saya berjaya melakukann­ya,” kata Heidi pada sidang media.

Heidi berkata, dia bekerja keras untuk memastikan emas terus berada

 Heidi tepati ramalan raih emas renang perairan terbuka 10km

dalam genggamann­ya pada temasya dwitahunan itu selepas mendominas­i acara 5km dan 10km pada 2011 di Jakarta-Palembang.

“Saya berenang 10 kali seminggu mencecah sehingga jarak 80km.

“Ia jarak yang banyak. Saya berdepan kecederaan hampir separuh musim tapi selepas itu saya kembali menjalani latihan.

“Kemungkina­n ini adalah penyertaan terakhir saya. Tapi saya belum putuskan apa-apa lagi.

“Saya mahu bercuti dulu dan akan membuat keputusan selepas itu,” katanya yang turut beraksi di Sukan Olimpik 2012 London.

Sementara itu seorang lagi peserta negara Angela Chieng Chui Fei menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 2’24:54s.

 ??  ??
 ??  ?? HEIDI (kanan) bersama Kevin ceria memperaga emas dimenangi.
HEIDI (kanan) bersama Kevin ceria memperaga emas dimenangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia