Harian Metro

Emas terakhir Kevin sebelum bersara

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

Kuala Lumpur: Kevin Yeap mencipta sejarah istimewa apabila memenangi emas acara renang terbuka lelaki 10km semalam, menjadikan­nya atlet akuatik Malaysia pertama meraih gelaran dalam dua disiplin berbeza.

Perenang berusia 28 tahun itu mempamerka­n aksi hebat apabila mendominas­i sejak awal perlumbaan dan terus menggengga­m penumbuk ke udara sebaik melepasi garisan penamat pada pusingan keenam.

Kevin menamatkan perlumbaan itu dengan catatan 2’03:18s, diikuti perenang Thailand Peerapat Lertsathap­ornsuk (2’05:41) dan Aflah Fadlan Prawira dari Indonesia (2’08:40).

Seorang lagi perenang Malaysia Wong Jun Bin menduduki tempat keenam dengan catatan 2’12:26.

Sebelum ini Kevin beraksi di kolam renang dan menyertai skuad kebangsaan ketika berusia 17 tahun.

Pencapaian terbaiknya adalah memenangi emas 400m gaya bebas pada Sukan SEA Indonesia 2011 yang menyaksika­nnya turut membawa pulang gangsa acara renang terbuka.

Sebaik menamatkan pelumbaan semalam, Kevin kemudianny­a memberitah­u wartawan mengenai persaraann­ya dalam sukan renang.

Kevin pernah meluahkan keinginan meninggalk­an sukan itu selepas gagal layak ke Sukan Olimpik Rio dalam acara 400 dan 1,500 gaya bebas.

Namun jurulatih kebangsaan Paul Birmingham memujuknya untuk bertahan dan mencuba acara renang terbuka untuk Sukan SEA.

“Hari ini adalah hari terakhir saya berenang. Saya berusaha bermati-matian dan terus berenang biarpun sudah terlalu letih,” kata Kevin yang turut memenangi gangsa acara sama di Kejohanan Renang Terbuka Asia di venue sama, Mei lalu.

“Mengapa bersara ketika berada di puncak? Birmingham memberitah­u saya supaya bersara dengan kejayaan dan saya membuat keputusan itu hari ini selepas memenangi pingat emas. Saya bersara atas kehendak sendiri.

“Saya tidak menekan diri memikirkan untuk menang hari ini. Saya hanya menyasarka­n penyudah podium biarpun mengetahui saya pelumba terbaik acara ini.

“Saya mahu bersara selepas gagal ke Olimpik. Saya pernah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia