Harian Metro

Tudung suai padan

Mudah digayakan untuk pelbagai acara dalam waktu singkat

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Evolusi penggayaan tudung bukan lagi sesuatu yang dilihat baru, malah semakin dipelbagai­kan mengikut idea dan kreativiti masing-masing.

Atas faktor itu, dapat dilihat ramai wanita kini tanpa mengira usia tampil dengan kepelbagai­an fesyen tudung mahupun selendang yang menambah kemanisan individu terbabit.

Selaku pemilik dan pereka kreatif butik atas talian sepenuhnya, Nor Afizah Abu yang menerajui jenama Feeza Anggun sejak enam tahun lalu berusaha menghasilk­an tudung terkini yang boleh disuaipada­nkan dengan pakaian moden Muslimah.

Menurut Nor Afizah, koleksi tudung Feeza Anggun menggambar­kan gaya hidup hijabi yang juga gaya wanita bertudung namun masih boleh berpakaian moden mengikut arus perkembang­an fesyen semasa.

“Konsep yang ingin saya ketengahka­n bertujuan memudahkan penggayaan tudung yang bersesuaia­n dengan wanita Malaysia di mana kebanyakan­nya mempunyai kerjaya dan ingin bergaya dalam waktu yang singkat.

“Selain mudah, antara kelebihan lain koleksi tudung kami adalah didatangka­n dalam pelbagai warna bagi memberi banyak pilihan kepada pelanggan,” katanya.

Nor Afizah berkata, koleksi terbarunya adalah Anggun Adella dan Anggun Elysia yang mempunyai elemen suai padan untuk memudahkan pengguna memadankan­nya mengikut pelbagai acara.

“Anggun Adella adalah selendang berkonsepk­an selendang segera yang hanya memerlukan 15 saat untuk dipakai menjadikan ia antara rekaan terbaik tahun ini.

“Anggun Elysia pula adalah koleksi selendang segera bercorak yang mempunyai potongan menarik dan terletak di bahu si pemakai. Jadi tidak perlu lagi menggunaka­n kerongsang yang disemat pada baju. Menggabung­kan warna polos sebagai anak tudung, ia dipadankan dengan selendang bercorak di bahagian luar yang menambahka­n keanggunan wanita,” katanya.

Menurut Nor Afizah, Anggun Adella dihiasi aksesori bunga yang eksklusif dan mewah di sekeliling tudung yang sememangny­a mampu menyerlahk­an lagi penampilan si pemakai.

“Selain unsur bunga, Anggun Adella juga dihiasi dengan perincian batu kecil yang berkilau menjadikan selendang ini lebih klasik dan feminin.

“Kedua-dua koleksi ini menggunaka­n fabrik sifon yang mudah dibentuk, memudahkan penggayaan dan juga menjadikan muka kelihatan lebih runcing,” ujarnya.

Mementingk­an kemudahan untuk Muslimah,

Nor Afizah

Feeza Anggun sememangny­a sinonim dengan penggunaan fabrik sifon yang sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Menurutnya, pihaknya mengeluark­an 15 warna pilihan buat koleksi Anggun Adella dan 12 warna pilihan untuk koleksi Anggun Elysia.

Dengan pembelian sepenuhnya secara atas talian, Nor Afizah berkata, koleksi ini boleh didapati pada harga RM47 hingga RM79.

“Selain tudung, kami turut menghasilk­an rangkaian blaus iaitu Trisna dan Queensha. Semua rekaan kami menggunaka­n material premium como crepe.

“Material premium como crepe ini tidak mudah berkedut, hanya perlu menggosok dengan kadar minimum, lembut beralun, sejuk, tidak jarang dan tidak melekap di badan,” katanya.

Kedua-dua koleksi ini menggunaka­n fabrik sifon yang mudah dibentuk, memudahkan penggayaan dan juga menjadikan muka kelihatan lebih runcing

 ??  ?? MUDAH digayakan tanpa memakan masa lama.
MUDAH digayakan tanpa memakan masa lama.
 ??  ?? ANTARA koleksi tudung Feeza Anggun.
ANTARA koleksi tudung Feeza Anggun.
 ??  ?? GAYA selendang segera terkini untuk si jelita.
GAYA selendang segera terkini untuk si jelita.
 ??  ?? PERINCIAN batu berkilau serlahkan penampilan.
PERINCIAN batu berkilau serlahkan penampilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia