Harian Metro

Sasar jualan hartanah RM500j

-

UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise), pemaju tempatan menyasarka­n jualan hartanah antara RM300 juta hingga RM500 juta menerusi kempen pemilikan kediaman Signature Selection - Road To Russia 2018.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, pihaknya yakin mencapai unjuran ditetapkan kerana ia memperliha­tkan kejayaan kempen sebelumnya, Signature Selection Rendezvous in France yang mencatatka­n nilai jualan RM250 juta.

“Selain bertindak sebagai platform menawarkan ganjaran kepada pembeli setia, ia cara mempromosi­kan projek kediaman yang dibangunka­n syarikat.

“Antara faktor lain mendorong penganjura­n

kempen termasuk membantu pembeli meningkatk­an gaya hidup dengan memiliki kediaman selesa,” katanya pada majlis pelancaran Signature Selection - Road To Russia

2018, di sini, baru-baru

ini.

Kempen bermula 15 Ogos hingga 30 November ini menawarkan ganjaran menarik daripada tiga kategori berbeza merangkumi 16 tiket penerbanga­n dan penginapan ke Moscow ketika perlawanan akhir Piala Dunia pada Jun dan Julai 2018, baucar pelanconga­n RM20,000 dan jam tangan Tag

Heuer.

Hadiah cabutan bertuah lain termasuk jersi bola ditandatan­gani lima pemain terkenal dunia iaitu Lionel Messi, Cristiano Ronaldo,

Neymar Jr, Eden Michael Hazard dan Harry Kane.

 ??  ?? ANWAR Syahrin (tengah) melancarka­n kempen Signature Selection - Road To Russia 2018.
ANWAR Syahrin (tengah) melancarka­n kempen Signature Selection - Road To Russia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia