Harian Metro

KEMENANGAN BERGAYA

- AFP

Manchester United mengekalka­n permulaan cemerlang musim Liga Perdana Inggeris apabila jaringan Eric Bailly, Romelu Lukaku, Paul Pogba dan Anthony Martial memastikan kemenangan 4-0 ke atas Swansea City, malam tadi.

Selepas membelasah West Ham dengan jumlah jaringan sama pada perlawanan pembukaan minggu lalu, United dilihat hampir mencatat kemenangan tipis untuk perlawanan di South Wales.

Namun, selepas mendahului perlawanan pada babak akhir separuh masa pertama menerusi gol pertama Bailly untuk kelab, mereka menjaringk­an tiga gol lagi dalam tempoh lima minit pada separuh masa kedua untuk mencatat kemenangan bergaya.

Ia bermakna setakat ini, skuad Jose Mourinho mencatat mata maksimum, lapan gol dan dua perlawanan tanpa bolos.

Swansea turut berang apabila Pogba masih kekal di padang untuk menjaringk­an gol selepas tidak dilayangka­n kad kuning kedua kerana kekasaran ke atas Martin Olsson pada akhir babak pertama.

Namun, pengurus Paul Clement menyaksika­n pasukannya semakin parah sebaik Lukaku menjaringk­an gol kedua United dan yang ketiga daripada dua perlawanan untuk kelab barunya 10 minit sebelum tamat perlawanan.

United turut tersentak pada minit ketiga apabila Jordan Ayew dari Swansea berjaya mencuri ruang di bahagian kiri dan menyambut hantaran namun melepasi palang pasukan pelawat. Anak buah Mourinho segera membalasny­a apabila Lukaku memanfaatk­an hantaran dan berlari ke arah gol namun percubaan pertamanya dihalang dan susulan berikutnya tersasar. Swansea terpaksa bekerja keras mempertaha­nkan gawang daripada asakan lawan yang diteruskan menerusi sepakan percuma Juan Mata yang ditanduk Phil Jones namun sekadar melepasi palang.

 Manchester United kekal permulaan cemerlang selepas benam Swansea City

 ??  ?? PEMAIN pertahanan Swansea City, Kyle Naughton (kiri) menjatuhka­n pemain tengah Manchester United, Juan Mata (tengah) dalam perlawanan Liga Perdana, semalam.
PEMAIN pertahanan Swansea City, Kyle Naughton (kiri) menjatuhka­n pemain tengah Manchester United, Juan Mata (tengah) dalam perlawanan Liga Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia