Harian Metro

Zeise takut main padang becak

-

Shah Alam: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) Myanmar, Gerd Zeise bimbang anak buahnya mungkin berdepan kesukaran beraksi menentang Malaysia andai keadaan padang di Stadium Shah Alam terjejas teruk akibat hujan.

Pemain Myanmar pernah mengalami pengalaman buruk bertandang di Stadium Shah Alam pada 13 Julai lalu apabila terpaksa beraksi dalam padang ditakungi air akibat hujan lebat sehingga menyaksika­n mereka tewas 0-2 di tangan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pada aksi persahabat­an.

“Pada perlawanan di Stadium Shah Alam sebelum ini, hujan lebat dan pemain langsung tidak boleh menggerakk­an bola. Saya berharap keadaan padang akan lebih baik nanti kerana ia bukan hanya bagus untuk kedua-dua pasukan malah untuk penyokong dapat menyaksika­n permainan lebih menarik,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan dengan Brunei kelmarin.

Myanmar, naib juara di Singapura dua tahun lalu menepati ramalan layak ke separuh akhir selepas membelasah Brunei 6-0 pada aksi ketiga di Stadium UiTM Shah Alam.

Mereka kini mengumpul sembilan mata dan akan muncul juara kumpulan jika menundukka­n Malaysia pada aksi terakhir esok.

Meskipun sudah layak, Zeise tetap tidak akan memberi ‘muka’ kepada pasukan tuan rumah kerana tidak mahu momentum anak buahnya terjejas sebelum aksi separuh akhir.

“Setiap perlawanan kami mahukan kemenangan, jika kami menang kami akan menjadi juara kumpulan. Saya fikir kami akan bertemu Vietnam atau Indonesia di separuh akhir. Saya melihat tahun ini Thailand tidak begitu kuat, mereka sukar untuk layak apabila menentang Vietnam pada perlawanan terakhir Kumpulan B,” kata jurulatih kelahiran Jerman itu.

 ?? Gerd Zeise ?? Saya berharap keadaan padang akan lebih baik nanti kerana ia bukan hanya bagus untuk kedua-dua pasukan malah untuk penyokong”
Gerd Zeise Saya berharap keadaan padang akan lebih baik nanti kerana ia bukan hanya bagus untuk kedua-dua pasukan malah untuk penyokong”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia