Harian Metro

Suara istimewa di Malaysia

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Atkinson tidak sangka bakat terpendam sebagai pengacara

jadi sumber pendapatan

Menyertai kayuhan basikal amal anjuran bersama tiga lagi rakan di Malaysia menjadi detik pertama Nick Atkinson mengunjung­i bumi bertuah ini pada 1995.

Melalui kayuhan mengutip dana sambil mengunjung­i hospital bagi kanak-kanak kurang bernasib baik, lelaki berusia 52 tahun ini dapat mengenali Malaysia dengan lebih dekat.

Ikuti perkongsia­n menarik bersama suara komersial emas yang sering didengari menerusi radio dan televisyen ini.

1. Kali pertama mengunjung­i Malaysia dan tujuannya?

Saya mempunyai abang yang sudah 20 tahun menetap di Malaysia. Kali pertama saya ke Malaysia menziarahi­nya serta menyertai program kayuhan basikal amal di sini bersama tiga lagi rakan pada 1995.

Ketika itu, saya masih menetap dan bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di Tokyo, Jepun. Saya tertarik dengan program amal anjuran rakan itu, tambahan pula saya aktif dalam sukan berbasikal.

Kayuhan amal di Semenanjun­g Malaysia itu merangkumi utara hingga selatan sejauh

1,238 kilometer memakan masa hampir dua minggu. Menerusi program itu, saya mengenali Malaysia dengan lebih dekat, mempelajar­i budaya, geografi, komunikasi, gaya hidup masyarakat dan makanan. Ini pengalaman paling berharga buat saya.

Tamat program, saya pulang ke Jepun dan

Britain kerana bapa jatuh sakit. Pemergian bapa membuatkan saya kekal berada di tanah air hingga 2005. Pada September 2005, saya datang lagi ke Malaysia mencari kehidupan baru, selain membantu perniagaan abang di sini.

2. Sejauh mana pengetahua­n anda mengenai Malaysia sebelum datang ke sini?

Abang saya datang ke Malaysia sejak 1997 dan memiliki perniagaan sendiri di sini. Dia sering menceritak­an pengalaman menarik setiap kali kami bertemu.

Malah dia juga kerap mempelawa saya datang ke Malaysia untuk menimba pengalaman dan pengetahua­n baru di Asia Tenggara. Maka, kebanyakan maklumat mengenai Malaysia, saya ketahui daripada abang dan juga carian dalam Internet.

3. Cabaran sepanjang berada di Malaysia?

Hampir 99 peratus negara ini sudah saya terokai sejak 1995 hingga hari ini. Saya tidak pernah melihat cabaran mahupun isu dihadapi sebagai masalah sebaliknya ia perkara baru yang harus saya pelajari.

Sebaik-baiknya apabila kita berada di tempat baru, kita harus bijak menyesuaik­an diri. Ini menjadi satu daripada prinsip saya setiap kali berhijrah.

4. Pengalaman menarik yang ingin dikongsika­n sepanjang berada di Malaysia?

Saya temui suara saya di Malaysia! Sebelum ini, saya banyak membantu abang menjalanka­n perniagaan dan pada masa sama, saya ditawarkan menjadi pengacara majlis.

Saya menerimany­a dengan hati terbuka. Bermula dari situ, saya aktif menjadi pengacara majlis korporat, persidanga­n, konvensyen, seminar dan sebagainya.

Tidak disangka, suara saya menarik minat seorang jemputan majlis dan menawarkan suara saya digunakan untuk iklan komersial radio yang akhirnya kini turut disiarkan dalam televisyen sejak 2009.

Permulaann­ya, saya tidak tahu bagaimana untuk mempelbaga­ikan intonasi suara tetapi lama-kelamaanny­a saya mempelajar­inya menerusi pengalaman.

Saya sangat seronok melakukan kerjaya ini dan Malaysia adalah tempatnya bermula suara saya didengari.

5. Lokasi pilihan anda? Rumah adalah tempat yang paling menenangka­n buat saya. Di rumah ini menyimpan segala memori keluarga menerusi perhiasan dalamannya yang saya bawa dari rumah keluarga di United Kingdom.

Saya juga menyukai Pulai Tioman, Pulau

Pinang dan Sarawak, selain mengunjung­i pasar basah di Taman Tun Dr Ismail.

6. Makanan tempatan kegemaran anda?

Roti canai dan teh tarik untuk bersarapan.

7. Malaysia pada kaca mata anda?

Saya cintakan Malaysia. Saya tidak pernah berasa gembira seperti saya berada di Malaysia.

Saya memiliki kehidupan berkualiti, menikmati sepenuhnya, melakukan perkara dan pekerjaan yang saya sukai dan bertemu dengan ramai rakan baru setiap hari.

Bagi saya, setiap hari adalah proses pembelajar­an memperbaik­i diri.

 ?? FOTO ?? LALUI kehidupan jauh lebih menggembir­akan.
FOTO LALUI kehidupan jauh lebih menggembir­akan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia