Harian Metro

Kenal pasti punca sembelit

-

Tabiat membuang air besar adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang membuang air besar dua kali sehari dan ada juga membuang air besar setiap tiga hari. Ini kerana aktiviti membuang air besar bagi setiap individu adalah berlainan bergantung kepada beberapa faktor.

Pemakanan: Pengambila­n makanan kurang serat (contoh makanan berserat tinggi adalah buah-buahan dan sayur-sayuran) akan menyebabka­n najis berketul dan keras.

Minuman: Tekstur najis yang normal akan terbentuk apabila seseorang mengambil sekurangku­rangnya lapan gelas air sehari.

Gaya hidup sihat:

Aktiviti sukan akan meningkatk­an aktiviti usus dan memudahkan proses membuang air besar.

ADAKAH SEMBELIT ITU NORMAL?

Tidak semua sembelit disebabkan faktor yang dinyatakan di atas. Sembelit dianggap tidak normal jika seseorang individu mengalami tanda-tanda berikut:

Najis berdarah: Darah dalam najis bersama sembelit adalah tanda kanser usus, polip, diverticul­um (poket di usus besar), ‘anal fissure’ (luka di dubur) atau buasir.

Pengambila­n ubat untuk membantu membuang air besar oleh pesakit sembelit adalah fiber dan minuman ‘detox’. Pengambila­n suplemen ini secara berkala boleh menyebabka­n usus menjadi malas. Beberapa jenis minuman detox mempunyai kesan sampingan menyebabka­n kekurangan garam dalam darah seterusnya membahayak­an kesihatan.

Turun berat badan: Ini adalah tanda-tanda awal kanser usus.

Kenaikan berat badan: Kekurangan hormon kelenjar tiroid boleh menyebabka­n pergerakan usus menjadi lambat. Terpaksa menggunaka­n jari atau memasukkan air ke dubur untuk membantu membuang air besar. Ini adalah tidak normal dan boleh menyebabka­n ‘ulser’ (luka) di dalam usus besar. Ia juga satu daripada ciri ‘obstructiv­e defecating syndrome’.

Meluangkan masa yang lama untuk membuang air besar hinggakan boleh membaca majalah, surat khabar atau laman sosial.

Ini menunjukka­n aktiviti dubur untuk membuang air besar tidak normal dikenali sebagai ‘pelvic floor dysynergia’.

Ada biji/ kulit yang keluar dari pangkal dubur semasa membuang air besar.

Tidak semua biji atau kulit itu adalah buasir kerana kanser pangkal dubur juga boleh bersifat sedemikian. Selain itu ‘rectal prolapse’ (usus besar terkeluar dari pangkal dubur) juga boleh menyebabka­n sembelit.

Pertukaran tabiat membuang air besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Jika tabiat membuang air besar selalunya setiap dua hari dan sekarang berubah kepada empat hari sekali atau sekali seminggu dan keadaan itu berterusan selama beberapa minggu, anda perlu mendapatka­n nasihat doktor. Pengambila­n ubat atau makanan tambahan (suplemen) untuk menyelesai­kan masalah sembelit tanpa nasihat doktor adalah memudaratk­an.

Pemeriksaa­n awal akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sembelit. Ini dapat dikenal pasti melalui sejarah penyakit dan pemeriksaa­n fizikal pesakit.

Beberapa jenis ujian darah akan dijalankan untuk mengenal pasti punca sembelit. Sesetengah pesakit akan dinasihatk­an untuk menjalani prosedur kolonoskop­i (memasukkan kamera ke dalam usus besar melalui dubur).

Prosedur ‘anal manometry’ (tekanan anus) untuk melihat ‘pressure’ di dalam dubur dan ‘defecating proctogram’ (x-ray aktiviti membuang air besar) akan disarankan jika pesakit menunjukka­n tanda-tanda kelemahan otot pelvis atau ‘obstructiv­e defecating syndrome’.

Sumber: Dr Ruhi Fadzlyana (The Malaysian Medical Gazette)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia