Harian Metro

PUISI HATI ABAH

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

> “Sudahlah buta, tinggal sebatang kara pula. Saya hanya mampu duduk atau berbaring mengenang saat manis bersama bekas isteri dan anak-anak. Sebab itu, saya seronok apabila ada yang datang melawat,” kata bapa kepada seorang selebriti popular pada era 90-an yang kini menghuni sebuah pusat jagaan, lapor Garret Dawum

Di penghujung sebuah bilik menempatka­n lebih 20 katil penghuni, seorang lelaki duduk termenung sambil meraba-raba kain tilamnya yang sudah enam tahun dia menjadi penghuni di situ.

“Inilah rumah saya, inilah tempat tinggal saya. Tiada apa lagi yang saya miliki. Beginilah rutin harian saya, tidur dan makan.

“Mahu buat kerja, bukan saya boleh nampak. Hidup pun sudah tidak lama,” kata

lelaki itu yang mesra jika dirinya dipanggil Uncle Rosli (bukan nama sebenar).

Bapa kepada seorang selebriti popular pada era 90-an itu yang menghuni sebuah pusat jagaan terletak di sempadan Selangor dan Perak, kini bukan saja menghidap pelbagai penyakit malah, sudah hilang penglihata­n.

“Saya tidak mengharapk­an anak-anak untuk datang menjemput pulang meninggalk­an rumah ini tetapi saya harap mereka datanglah menjenguk saya.

“Apa yang saya perlu sekarang hanyalah kasih sayang. Kalau boleh, sebelum menutup mata, saya mahu anak saya datang berjumpa.

“Saya rindu mereka dan tidak akan menyalahka­n mereka dengan alasan saya berada di sini,” katanya yang mempunyai dua anak lelaki hasil perkongsia­n hidup dengan bekas isterinya.

Katanya, kehilangan pancainder­a itu pula berlaku ketika bekerja di Brunei sambil memberitah­u dia menghidap penyakit Tourette Syndrome yang menjadi penyebab kedua-dua matanya buta.

“Penyakit ini sudah lama saya alami iaitu sejak 40 tahun lalu, tetapi ketika itu saya diserang penyakit sawan dan seluruh badan saya bergetar tidak terkawal.

“Serangan kerap penyakit itu menyebabka­n saya buta kerana tangan saya sendiri memukul mata saya,” katanya.

Tidak mahu menyalahka­n anaknya kerana membiarkan dirinya menghuni pusat jagaan itu, Uncle Rosli berkata, kesibukan kerja mungkin memaksa dua anaknya yang sudah berkeluarg­a membuat keputusan itu.

“Biarlah, jangan sebut sangat tentang mereka. Mereka mungkin sibuk dan banyak komitmen lain.

“Uncle selesa untuk tinggal di sini. Di pusat ini saya mendapat penjagaan rapi dan perhatian yang lebih daripada jururawat.

“Kehidupan uncle di rumah ini juga lebih terurus berbanding sebelum ini walaupun berasa kurang selesa pada peringkat awal,” katanya.

Memaklumka­n dirinya selalu berulang ke hospital untuk mendapatka­n rawatan, Uncle Rosli hanya mengharapk­an dirinya akan terus dipanjangk­an umur.

Mengimbau sejarah hidupnya, Uncle Rosli berkata beliau sudah bercerai sejak 30 tahun lalu dan dalam tempoh itu dia mula hidup bersendiri­an.

“Sejak itu juga, saya hanya menumpang di rumah rakan karib di sebuah flat di Kajang tanpa sebarang bayaran.

“Namun, rakan saya meninggal dunia akibat penyakit barah otak tujuh tahun lalu dan selepas itu saya hilang tempat bergantung,” katanya yang mengambil keputusan menyetujui cadangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menempatka­nnya di rumah jagaan tersebut.

Beliau berkata, sejak mendiami rumah jagaan itu pada 24 September 2010, tiada seorang pun anaknya datang menjenguk.

Katanya, kemeriahan Aidilfitri lalu hanya meriah dan tenang apabila diraikan bersama rakan di rumah terbabit.

“Sudahlah buta, tinggal sebatang kara pula. Sekarang, saya hanya mampu duduk atau berbaring mengenang kisah manis saat bersama bekas isteri dan anak.

“Sebab itu, saya seronok apabila ada yang datang melawat kerana itu penghibur saya di kala bersendiri­an,” katanya.

 Bapa selebriti era 90-an buta damba kasih sayang

 ??  ??
 ??  ?? SARI ketika ditemui di rumah
kebajikan.
SARI ketika ditemui di rumah kebajikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia