Harian Metro

Penerbit Muzik Muzik 32 nafi ‘carta’ blog

-

Kuala Lumpur: Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 32, Nurul Huda Khalid menafikan 30 lagu yang didedahkan sebuah blog senarai akhir peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32.

Huda berkata, senarai itu tidak betul sama sekali dan berharap peminat tidak mempercaya­i mengenai apa yang dikongsika­n.

“Buat masa sekarang undian kepada setiap lagu yang terdapat dalam carta masih dibuka. Jadi tidak logik jika kami sudah mempunyai senarai akhir. Senarai penuh lagu bakal diumumkan pada pertengaha­n Oktober ini.

“Kalau nak tahu, senarai yang dikongsika­n itu antara lagu yang pernah dan masih berada dalam carta Muzik Muzik 32. Disebabkan itu peminat jangan mudah percaya dan menaruh harapan tinggi,” katanya.

Huda juga menjelaska­n format pemarkahan bagi melayakkan sesebuah lagu ke peringkat separuh akhir masih sama.

Selain berdasarka­n pengiraan undian dalam carta, terdapat lima lagu yang layak secara wild card menerusi

Showcase Muzik

Muzik 32.

“Untuk tahun ini kita ada lima kali

showcase. Setiap showcase mempertand­ingkan lima lagu dan satu lagu terbaik dipilih secara ‘wild card’ bagi melayakkan­nya terus ke peringkat separuh akhir.

“Setakat ini kita sudah ada tiga lagu yang layak iaitu Segalanya nyanyian Haqiem Rusli, Lebih Sempurna (Syamel) dan Warkah Untukku (Ara Johari),” katanya.

Pun begitu, empat lagu lain yang dipersemba­hkan pada Showcase Muzik Muzik 32 tidak semestinya layak ke peringkat separuh akhir.

Program Muzik Muzik 32 menampilka­n pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad bersiaran secara langsung setiap Isnin jam 11 malam di

TV3.

 ??  ?? NURUL Huda
NURUL Huda

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia