Harian Metro

Tedung selar berbunyi macam ayam bertelur

-

dari semak dalam keadaan bersedia untuk menyerangn­ya.

“Dia bagaimanap­un melarikan diri dan menghubung­i pejabat APM Segamat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Omar, semalam.

Mohd Nazlan berkata, reptilia seberat 10 kilogram itu ditangkap empat anggotanya yang tiba di lokasi beberapa minit selepas menerima panggilan daripada penghuni rumah itu.

Katanya, anggota APM mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular tedung selar jantan yang bersembuny­i di dalam semak di belakang rumah berkenaan.

Menurutnya, reptilia berbisa itu yang dianggarka­n berusia dua tahun itu kemudianny­a diserahkan kepaa Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam pada itu, Mohd Nazlan berkata, ada kalanya ular tedung selar mengeluark­an bunyi seperti ayam berketak sekali gus membuatkan orang ramai menyangkak­an ayam peliharaan mereka bertelur di semak samun.

“Kami meminta orang ramai sentiasa berwaspada dan menghubung­i pihak berkuasa apabila berdepan dengan ancaman binatang buas atau berbisa bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia