Harian Metro

Meriah sambut konvoi Kembara Merdeka

-

Kubang Pasu: Ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017 ke daerah ini disambut meriah oleh masyarakat di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Napoh di sini, semalam.

Ketua konvoi, Yasri Abu Mahsin berkata, daerah Kubang Pasu adalah persinggah­an ke 21 konvoi dalam misi menamatkan perjalanan sejauh 2,800 kilometer mengelilin­gi Semenanjun­g.

“Seramai 107 peserta konvoi membabitka­n beberapa agensi bersama 27 kenderaan pacuan empat roda dan 30 motosikal berkuasa tinggi memulakan perjalanan sejak lapan hari lalu dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Konvoi dijangka tiba di Kuala Lumpur menjelang malam 31 Ogos nanti,” kata Yusri ketika ditemui selepas tiba di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Napoh di sini, semalam.

Antara agensi terbabit termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam selain Jabatan Penerangan Malaysia.

Menurut Yasri, konvoi tahunan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu adalah satu agenda penting menyebarka­n falsafah kenegaraan dan dasar kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 60 tahun.

“Ia juga sebagai satu kempen menyedarka­n pelbagai pihak tanpa mengenal fahaman politik agar mengibarka­n Jalur Gemilang di premis masing-masing,” kata Yasri ketika ditemui.

Beliau yang juga Penolong Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar, Jabatan Penerangan Malaysia Putrajaya.

Menurut Yasri, perjalanan seterusnya akan ke Perlis sebelum diteruskan ke negeri lain pula.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Jafar menyambut ketibaan konvoi sebelum membuat pelepasan mereka meneruskan misi perjalanan.

 ??  ?? AHMAD Zaini (pegang Jalur Gemilang) melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017.
AHMAD Zaini (pegang Jalur Gemilang) melepaskan Konvoi Kembara Merdeka Negaraku 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia