Harian Metro

Tambah baik keadaan lokap

-

Johor Bahru: Polis Johor akan meneliti laporan dibuat Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keadaan lokap polis di Ayer Molek, di sini, yang didakwa busuk dan tidak bersih.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya akan mengambil langkah susulan bagi menambah baik keadaan di lokap itu.

“Kami memang dalam usaha untuk menambah baik apa saja keadaan se- perti yang dimaklumka­n oleh SUHAKAM. Kami akan lakukan yang terbaik dan ambil maklum perkara itu,” katanya pada sidang media pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.

Mohd Khalil berkata, pihaknya menyambut baik teguran atau laporan dibuat SUHAKAM, selain ia menjadi garis panduan kepada polis untuk menambah baik keadaan lokap yang lain.

Beberapa hari lalu, SUHAKAM dalam satu laporan di sebuah portal berita mengkritik keadaan lokap polis di Ayer Molek di sini, yang didakwa dalam keadaan menyedihka­n dan wajar ditutup.

Dakwa SUHAKAM, lawatan badan itu ke pusat tahanan berkenaan menunjukka­n ia memberi ancaman kesihatan terhadap tahanan.

Malah SUHAKAM mendakwa tahanan tidak diberikan air dan makanan mencukupi.

 ??  ?? PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksika­n
serah terima tugas jawatan Ketua Polis Johor daripada Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd kepada
Mohd Khalil (kanan).
PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksika­n serah terima tugas jawatan Ketua Polis Johor daripada Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd kepada Mohd Khalil (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia