Harian Metro

Dua lelaki direman tujuh hari

-

Jitra: Mahkamah Majistret Jitra, di sini, membenarka­n dua lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan anggota polis Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A), Bukit Aman bermula hari ini.

Perintah tahanan reman dikeluarka­n oleh Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun selepas dipohon polis mengikut peruntukan Seksyen 117, Kanun Prosedur Jenayah.

>>Dua lelaki dibawa anggota polis ke mahkamah, semalam

Kedua-dua suspek berusia 30 dan 36 tahun itu dibawa ke mahkamah jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kubang Pasu.

Dalam kejadian kelmarin, anggota polis terbabit, Sub Inspektor, Abu Hashim Ismail dari Bahagian Jenayah Kongsi Gelap (D7A), Bukit Aman ditembak dengan empat das tembakan di sebuah rumah di Taman Hosba, Changlun, Jitra pada jam 10.25 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia