Harian Metro

Mungkin ada tangkapan lagi

-

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, hal itu bergantung kepada siasatan ke atas tiga suspek yang ditahan selepas kejadian pembunuhan Sub Inspektor, Abu Hashim Ismail, Jumaat lalu.

“Kita yakin tiga suspek berusia 30 hingga 36 tahun itu dapat membantu siasatan di peringkat ini bagi mengetahui motif serta punca pembunuhan itu terjadi.

“Kami tengok nanti bagaimana siasatan terhadap tiga suspek ini. Jika terdapat keperluan, kami akan melakukan lagi siri tangkapan beberapa suspek yang dapat membantu kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai Kor Sukarelawa­n Polis Siswa/Siswi (KOR SUKSIS) Universiti Awam Ke-13 Tahun 2017 di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, semalam.

Noor Rashid turut menjelaska­n mengapa seorang daripada suspek utama serta pernah menjalani tahanan buang daerah mengikut Seksyen 3 (1), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 di Cameron Highlands, Pahang dibenarkan tinggal di Changlun.

“Suspek itu ada membuat rayuan untuk kembali ke Changun bagi jalani tahanan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan memerlukan ia dipasang alat Peranti Pemantauan Elektronik (EMD),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia