Harian Metro

Bakti untuk ibu

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

 Ahmad Nazri bersyukur diberi kepercayaa­n jadi pengiring

“Ini peluang untuk saya berbakti kepada ibu memandangk­an arwah ayah sudah tiada untuk menemani ibu ke Tanah Suci,” kata Ahmad Nazri Mohd Yusof, 51.

Ahmad Nazri antara 278 jemaah haji yang berangkat dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) ke Tanah Suci, jam 6 pagi, semalam.

Beliau yang menetap di Kemaman, Terengganu berkata, disebabkan keadaan ibunya, Che Zainon Abdullah, 76, yang uzur, dia diberi peluang mengiringi ibunya menunaikan Rukun Islam Kelima itu.

“Saya bersyukur rayuan dua kali menunaikan haji dimakbulka­n Allah demi menunaikan hasrat menemani ibu yang uzur. “Sebaik tiba di sana nanti, saya akan membantu segala urusan ibu termasuk makan dan pakaiannya supaya semuanya berjalan lancar,” katanya. Menurutnya, ibunya mendaftar haji pada 2008 menggunaka­n duit

pencen sebagai pesara guru.

“Sebaik ibu menerima panggilan menunaikan haji tahun ini, TH memberi peluang kepada saya menjadi pengiring,” katanya.

Dia yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik berkata, setibanya di Tanah Suci nanti, dia akan menggunaka­n peluang yang ada dengan sebaiknya di samping memperbany­akkan ibadat dan memohon keampunan daripada Allah.

“Diberi peluang menunaikan haji dan menjadi pengiring kepada ibu satu pemberian yang istimewa kerana inilah masanya untuk berbakti kepada ibu,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Nazri bersama ibunya sebelum berangkat ke Tanah Suci.
AHMAD Nazri bersama ibunya sebelum berangkat ke Tanah Suci.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia