Harian Metro

‘Tidak usah diperbesar-besar’

Jokowi minta rakyat Indonesia tidak berlebihan mengenai kesilapan dalam buku cenderamat­a Sukan SEA

- Kuala Lumpur

Kita menunggu permintaan maaf dari pemerintah Malaysia, kerana menyangkut sebuah kebanggaan, nasionalis­me dari bangsa kita Indonesia. Kita tunggu permintaan maaf rasmi”

Joko Widodo

Presiden Joko Widodo atau Jokowi meminta isu kedudukan warna bendera Indonesia yang terbalik dalam buku cenderamat­a Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur tidak dibesar-besarkan rakyatnya.

Menurut detiknews, Jokowi dipetik berkata, walaupun insiden itu sangat menyesalka­n, ia tidak perlu dianggap berlebihan oleh semua masyarakat Indonesia.

“Kita sangat menyesali kejadian seperti itu.

“Tetapi tidak usah dibesar-besarkanla­h,” katanya di Jakarta, semalam.

Namun Jokowi berkata, beliau kini menunggu permohonan maaf secara rasmi dari Malaysia sebagai tindakan lanjut insiden itu.

“Kita menunggu permintaan maaf dari pemerintah Malaysia kerana menyangkut sebuah kebanggaan, nasionalis­me dari bangsa kita Indonesia. Kita tunggu permintaan maaf rasmi,” katanya.

Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan, malam tadi sudah menyatakan permohonan maaf atas kesilapan yang tidak disengajak­an itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia