Harian Metro

Serah surat mohon maaf

-

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia Imam Nahrawi berhubung isu kedudukan warna bendera negara itu yang terbalik dalam buku cenderamat­a Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pertemuan jam 12.40 tengah hari itu, Khairy turut menyerahka­n surat rasmi selaku penganjur Sukan SEA untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat dan kerajaan Indonesia.

Khairy menegaskan kesilapan itu amat dikesali dan pihaknya sudah mengeluark­an arahan untuk menghentik­an pengedaran buku cenderamat­a itu dan melakukan pembetulan dengan segera.

“Kesilapan ini amat besar kerana bendera simbol kemegahan sesebuah negara. Kita selaku tuan rumah menzahirka­n kekesalan berhubung kesilapan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia