Harian Metro

Polis siasat

-

Polis sedang menjalanka­n siasatan berhubung isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam sebuah buku cenderamat­a Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kejadian berpunca kesilapan teknikal dan ia sudah diperjelas­kan pihak berkenaan.

“Kita tidak mahu insiden ini akan membuatkan Indonesia berkecil hati atas perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Kami mengambil langkah siasatan supaya perkara yang tidak diingini berlaku ini berulang lagi.

“Hubungan kita dengan negara jiran terdekat ini amat penting apatah lagi mereka menyertai Sukan SEA ini,” katanya pada majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia