Harian Metro

Tak ambil mudah isu keselamata­n negara

-

Seremban: Isu keselamata­n dan pertahanan negara tidak boleh diambil mudah semua pihak.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bekerjasam­a dengan pelbagai agensi penguatkua­saan lain untuk mengawal sempadan negara.

Menurutnya, kerjasama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dilakukan bagi menjaga keselamata­n negara daripada sebarang ancaman militan, jenayah rentas sempadan dan pengaruh luar.

“Kita perlu melihat kepada ancaman militan di Marawi, Filipina yang memberi makna bahawa jangan ambil mudah isu pertahanan di rantau ini. Kumpulan militan terbabit cuba untuk bertapak dan memperluas­kan pengaruhny­a.

“Dalam keadaan perpecahan, ketidaksef­ahaman dari segi agama dan kaum akan diambil kesempatan serta dieksploit­asi pihak berkenaan (militan). Itu kita (kerajaan) tidak akan benarkan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, semalam.

Sementara itu, Hishammudd­in yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata, beliau lega dan berpuas hati apabila pembukaan Sukan SEA edisi ke-29 berlangsun­g meriah tanpa sebarang ancaman.

Katanya, meskipun jumlah keanggotaa­n ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kecil namun mereka bekerjasam­a rapat dalam memastikan tahap keselamata­n dalam keadaan terbaik.

Pada majlis pembukaan rasmi malam kelmarin, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi apabila segenap pelosok rakyat berbilang kaum hadir memberi sokongan kepada kontinjen negara.

 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (dua dari kiri) bersalam dengan perwakilan UMNO Bahagian Rembau.
HISHAMMUDD­IN (dua dari kiri) bersalam dengan perwakilan UMNO Bahagian Rembau.
 ??  ?? SULAIMAN (dua dari kanan) dan Khairil (kanan) mengaminka­n doa ketika melepaskan jemaah haji FELDA Travel, semalam.
SULAIMAN (dua dari kanan) dan Khairil (kanan) mengaminka­n doa ketika melepaskan jemaah haji FELDA Travel, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia