Harian Metro

‘Kaki ekor’ mengganas

Bergelut, mengamuk elak diberkas JAWI

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Sanggup bergelut dan mengamuk semata-mata mahu mengelak dari diberkas anggota penguatkua­sa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI).

Itu antara tindakan ganas beberapa ‘kaki nombor ekor’ beragama Islam yang cuba ditahan dalam operasi kkhas diadakan JAWI di beberapa premis menjual nombor ramalam di Bangsar di sini, kelmarin.

Dalam serbuan bermula jam 3 petang itu, seorang [kaki ekor’ yang juga penganggur berusia 50-an cuba melarikan diri namun berjaya ditahan.

Dia antara 18 individu beragama Islam ditahan JAWI dalam serbuan di tiga premis berasingan kerana membeli nombor ramalan dan berjudi.

Ketua Penguatkua­sa JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, lokasi itu sering menjadi tumpuan [kaki judi’ beragama Islam untuk membeli nombor ramalan.

“Semua mereka akan ditahan selama 24 jam dan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerana berjudi atau berada di premis judi.

“Risikan mendapati semua premis yang diserbu menjadi lokasi tumpuan kaki nombor ekor beragama Islam,” katanya.

Wan Jaapar berkata, mereka yang ditahan dibawa balik ke ibu pejabat JAWI untuk proses soal siasat dan dokumentas­i sebelum dituduh di mahkamah syariah.

“JAWI akan mengadakan operasi secara berterusan bagi membantera­s kegiatan itu kerana menjadi satu kesalahan individu Islam untuk bertaruh atau membeli nombor ekor.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya,” katanya.

 ??  ?? KEDAI nombor ekor yang diserbu anggota JAWI.
KEDAI nombor ekor yang diserbu anggota JAWI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia