Harian Metro

KKM pandang serius isu kebersihan

-

Kementeria­n Kesihatan Malaysia mengambil maklum tindakan segera pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR) dalam penutupan kantin di

HTAR selama dua minggu untuk tujuan pembersiha­n, selepas pemeriksaa­n oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mendapati operator kantin ini tidak mematuhi beberapa piawaian di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Pemeriksaa­n ini adalah tindakan proaktif susulan aduan video tular yang memaparkan seekor tikus di sebuah kantin, meskipun masih tidak dapat dipastikan kesahihan lokasi kantin dan masa video itu dirakam.

Penilaian semula PKD mendapati tahap kebersihan adalah memuaskan dan mematuhi syarat yang ditetapkan, maka premis diluluskan untuk dibuka semula pada jam 10 malam hari yang sama.

KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamata­n makanan di semua kantin, restoran dan gerai makanan termasuk di fasiliti kesihatan KKM di mana Akta dan Peraturan yang sama adalah terpakai.

Begitu juga dengan masalah haiwan perosak serta persekitar­an tidak bersih yang boleh membawa penyakit berjangkit dan penyakit bawaan vektor seperti leptospiro­sis, keracunan makanan dan tifoid. Persekitar­an tidak bersih menggalakk­an pembiakan haiwan perosak yang kemudian lazimnya akan mencari makanan di kawasan yang mempunyai banyak makanan misalnya kantin, restoran, gerai makanan dan sebagainya. -BERNAMA

 ??  ?? LAPORAN Harian
Metro 19 Ogos lalu.
LAPORAN Harian Metro 19 Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia