Harian Metro

Rezeki beli juadah berbuka

-

Petaling Jaya: “Rezeki saya memenangi kereta ini selepas membeli makanan di Restoran Mohd Chan untuk nenek dan ibu saudara yang teringin menjamu selera makanan laut pada Ramadan lalu,” kata Amir Qhaleef Mohd Razif, 31, yang diumumkan sebagai pemenang utama Peraduan Makan dan Menang Restoran Mohd Chan dan membawa pulang Perodua Axia, semalam.

Amir Qhaleef yang juga seorang juruterban­g berkata, pada Ramadan lalu juga dia merancang membeli kereta kedua, namun niatnya beberapa kali terbatal walaupun sudah ke bilik pameran kereta.

“Tidak sangka saya akan menang sebuah kereta hari ini (semalam) kerana sebelum ini saya merancang mahu membeli sebuah lagi kereta untuk kegunaan adik dan ayah.

“Pada Ramadan lalu nenek dan ibu saudara mahu makan makanan laut, jadi saya ke restoran Mohd Chan untuk membeli juadah berkenaan sebelum dimaklumka­n terdapat peraduan untuk pembelian RM80 dan ke atas,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Muhibah 10 Tahun Restoran Mohd Chan di Jasmine Banquet Hall, semalam.

Siti Aishah Hussien, 31, dari Bangi yang membawa pulang motosikal Modenas berkata, dia sangat bersyukur dengan kemenangan itu dan menganggap ia sebagai rezeki kepada anak-anaknya.

“Jika mahu menjamu makanan ala Cina, kami sekeluarga akan ke Restoran Mohd Chan. Jadi peraduan yang dianjurkan ini sedikit sebanyak menarik pengunjung ke restoran berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Mohd Chan Signature Sdn Bhd Datin Aishah Sim berkata, peraduan berkenaan sebagai menghargai pelanggan selepas 10 tahun Restoran Mohd Chan ditubuhkan.

 ??  ?? AMIR Qhaleef memenangi Perodua Axia di Restoran Mohd Chan.
AMIR Qhaleef memenangi Perodua Axia di Restoran Mohd Chan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia