Harian Metro

Jualan segmen wanita dijangka meningkat

-

Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL) menyasarka­n peningkata­n jualan barangan sukan bagi segmen wanita kepada 40 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 30 peratus pada masa ini.

Pengurus Besar UFL, Ahmad Termizi Mahmud berkata, pihaknya yakin jualan untuk segmen berkaitan wanita akan terus menjadi penyumbang kepada syarikat, terutama dengan pengenalan produk dan aksesori sukan baru.

Katanya, masyarakat juga mula berubah kepada amalan gaya hidup sihat dan kebanyakan pasaran sekarang dimonopoli oleh golongan wanita.

“Selain itu, kami akan membawa masuk beberapa jenis barangan lain untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan termasuk bagi kelengkapa­n sukan luar dan dalam bangunan serta produk kesihatan.

“Kami juga membuat kempen kesedaran jenama supaya orang ramai membeli barangan sukan berjenama tulen,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia