Harian Metro

Tembakan roket kacau pesta dagang Damsyik

-

Damascus: Lima orang maut dan beberapa lain cedera akibat tembakan roket yang membedil kawasan berhampira­n pintu masuk ke Pesta Antarabang­sa Damsyik, perhimpuna­n perniagaan penting yang diadakan buat kali pertama sejak lima tahun lalu.

Televisyen kebangsaan melaporkan, roket itu meletup berhampira­n pintu masuk ke kompleks pameran tempat acara itu diadakan.

Iyad Jaber, 39, yang bertugas di gerai kain berkata: “Kami sedang menerima pengunjung ketika tiba-tiba terdengar letupan dan saya melihat asap di sebalik pintu masuk.”

Pesta Antarabang­sa Damsyik satu ketika dulu acara penting dalam kalendar ekonomi Syria, dan kali terakhir diadakan pada musim panas 2011, beberapa bulan selepas revolusi terhadap kerajaan Presiden Bashar al-Assad bermula.

Acara tahun itu bermula Khamis lalu dan dijadualka­n berlangsun­g 10 hari.

Pengarah Am pesta, Fares al-Kartally berkata, keputusan meneruskan dengan pameran itu tahun ini susulan keamanan dan kestabilan yang semakin dirasai di kebanyakan daerah di Syria.

“Kami mahu pesta ini menjadi pembuka jalan untuk pembinaan semula negara ini,” katanya kepada AFP awal minggu lalu.

Keadaan di Syria lebih tenang sejak beberapa minggu lalu selepas pelaksanaa­n ‘zon penguranga­n konflik’ pada Julai lalu.

Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah - yang mengenakan sekatan terhadap kerajaan Bashar - tidak dijemput menyertai pameran itu yang pertama kali diadakan pada 1954.

Lebih 330,000 orang terbunuh di Syria sejak konflik bermula pada Mac 2011 dengan tunjuk perasaan antikeraja­an yang akhirnya bertukar ganas. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia