Skuad wanita Thailand lanyak Myanmar
Shah Alam: Thailand, juara bertahan futsal wanita mempamerkan permainan penuh dramatik dengan dua pemainnya mencipta hatrik untuk membenam Myanmar 10-2 dalam perlawanan kedua pusingan round robin di Kompleks Sukan Panasonic di sini, semalam.
Dua hatrik itu dicipta Jiraprapa Nimrattanasing pada minit ke-12, ke-13 dan ke-24 manakala Sasicha Phothiwong minit ke-3, ke-18 dan ke-35.
Thailand, pemenang di Nyabnarj 2013 menambah dua lagi jaringan menerusi Darika Peanpailun pada minit ke-5 dan ke-32.
Pasukan dibimbing ketua jurulatih Udom Taveesuk itu memperoleh dua lagi gol menerusi ketua pasukan Jiraprapa Tupsuri dan Jenjira Bubpha masing-masing pada ke-34.
Dua gol Myanmar disumbangkan Shwe Zin Aug pada minit ke-12 dan ke-19.
Pada kebanyakan masa, kedua-dua pasukan futsal lima sebelah itu mempamerkan corak permainan bertahan dalam perlawanan format round robin itu yang julung kalinya dianjurkan pada Sukan SEA.
Empat tahun lalu pada di Myanmar, Thailand membelasah Vietnam 5-0.
Acara futsal tidak dipertandingkan di Singapura 2015.
Sementara itu, pada sidang media selepas perlawanan itu, Taveesuk berkata beliau berpuas hati dengan prestasi anak didiknya dan dua hatrik yang dicipta pemainnya adalah di luar jangka. - BERNAMA
minit
ke-25
dan