Harian Metro

TENANG... JANGAN TERTEKAN

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Shah Alam: Satu mata dalam perlawanan ketiga Kumpulan A dengan Myanmar esok (hari ini) sudah cukup untuk skuad Bawah 22 tahun (B-22) layak ke separuh akhir namun bukan itu yang menjadi buruan anak buah Datuk Ong Kim Swee.

Kemenangan tetap menjadi misi mereka apabila turun pada perlawanan ketiga Kumpulan A di Stadium Shah Alam selepas merekod dua kemenangan berturut-turut ke atas Brunei dan Singapura dengan 2-1.

Tapi ia bukan tugas mudah kerana Kim Swee

Shah Alam

Pemain perancang skuad bawah 22 tahun (B-22) Nor Azam Azih tidak mahu mereka tertekan untuk mencari tiket ke separuh akhir dengan memastikan kemenangan ke atas Myanmar dalam pertembung­an Kumpulan A di Stadium Shah Alam hari ini.

Biarpun peluang Malaysia belum tertutup andai gagal meraih tiga mata dalam perlawanan ketiga itu kerana akan menentang Laos pada aksi terakhir Rabu ini, Nor Azam mahu misi mereka diselesaik­an lebih awal.

“Kita tidak boleh kalah, jika tewas dengan Myanmar, ia akan menyusahka­n. Jika layak selepas perlawanan dengan Myanmar, kurang tekanan untuk kita apabila berdepan Laos nanti,” katanya kepada Arena Metro.

Dua kemenangan berturut-turut dengan keputusan 2-1 ke atas Brunei dan Singapura meletakkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee berada di landasan terbaik untuk mengatasi pencapaian dua tahun lalu di Singapura apabila terkandas di peringkat kumpulan.

Kemenangan pada perlawanan ketiga nanti bakal membolehka­n Malaysia mengiringi Myanmar ke separuh akhir namun ia bukan tugas mudah apabila lawan yang juga naib juara di Singapura mahu mengejar kedudukan selaku juara kumpulan.

“Kita sudah melihat permainan dengan Myanmar dan kita juga sudah bertemu dengan mereka dalam perlawanan persahabat­an sebelum ini di Stadium Shah Alam (menang 2-0) tapi keputusan itu tak boleh diambil kira.

“Kita tak boleh bagi mereka menang, kita ada kelebihan main di tempat sendiri. Apa yang penting kita kena lebih berdisipli­n ketika bertahan dan tidak melakukan kesilapan,” kata Nor Azam.

Pemain berusia 22 tahun itu dijangka diturunkan dalam kesebelasa­n utama esok selepas hanya masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua untuk menyumbat gol penyamaan ketika menewaskan Singapura, Rabu lalu.

Kita tak boleh bagi mereka menang, kita ada kelebihan main di tempat sendiri. Apa yang penting kita kena lebih berdisipli­n ketika bertahan dan tidak melakukan kesilapan”

Nor Azam Azih  Azam mahu selesai misi lebih awal, tuntut rakan lebih berdisipli­n ketika bertahan

mereka bangkit semula. Tapi kita tak boleh biarkan situasi ini terus berlaku, saya mahu kita lebih mengawal permainan,” katanya.

 ??  ?? KIM SWEE
KIM SWEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia