Harian Metro

Khairul puas dapat perak

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemanah negara Khairul Anuar Mohamad terpaksa berpuas hati dengan perak apabila tewas 2-6 pada aksi final individu gara-gara masalah anak panah.

Pada aksi di padang sintetik Majlis Sukan Negara (MSN) itu, lawan dari Vietnam Chu Duc Anh meraih emas apabila tidak melepaskan sebarang set kepada Khairul Anuar.

Khairul Anuar terikat 1-1 pada set pertama selepas menamatkan tiga panahan namun aksi set kedua dan keempat mengubah situasi sepenuhnya.

Jelasnya terdapat sesuatu melekat di hujung anak panah dan dia tidak sempat menukar kerana masa terhad.

“Saya tidak pasti apa yang berada di hujung anak panah (kemungkina­n besar jerami) namun pada masa sama perlu melepaskan panahan kerana masa semakin suntuk, saya fikir tinggal sembilan saat saja. Jadi saya tidak sempat menukar atau membersihk­annya,” jelasnya.

“Namun ia bukan alasan. Saya mohon maaf kepada semua yang mengharapk­an emas hari ini. Saya dan rakan-rakan akan memberikan yang terbaik mempertaha­nkan emas berpasukan esok,” tambahnya.

Aksi wanita turut menceriaka­n apabila Nur Aliya Ghapar meraih gangsa selepas menewaskan Thida Nwe dari Myanmar dengan keputusan 6-0.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia