Harian Metro

Pasukan polo kian membara

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Putrajaya: Pasukan polo Malaysia memperoleh suntikan semangat menjelang perlawanan pertama bertemu Brunei, esok apabila menang 10-6 ke atas Thailand pada aksi persahabat­an (practice) di Taman Equestrian Putrajaya, semalam.

Kapten pasukan polo Malaysia, Shaik Reismann Mohamed Ismail berkata, kemenangan ke atas seteru utama mereka itu memberi petanda dia serta rakan sepasukan lain sudah bersedia untuk bertemu Brunei.

“Memang kami menanti-nantikan perlawanan itu kerana sudah lama melakukan persediaan cukup rapi sebelum ini.

“Sudah tentu sasaran edisi kali ini juga adalah untuk memenangi emas kerana Malaysia melakukann­ya ketika polo dipertandi­ngkan di dua edisi sebelum ini dengan yang terakhir pada 2007 di Korat.

“Jadi pada asasnya kita seharusnya perlu memenangi emas,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia