Harian Metro

Imaginasi bantu kejayaan Diana

-

Kuala Lumpur: Teknik berimagina­si ketika di gelanggang berjaya membantu Diana Bong untuk memberikan aksi cemerlang seterusnya berjaya meraih emas untuk disiplin nanquan semalam.

Diana yang berasal dari Sarawak meraih 9.66 mata, mengetepik­an Myint Aye Thitsar dari Myanmar (9.64), dan atlet Vietnam Nguyen Thuc Anh (9.63).

“Selalunya orang akan fokus 100 peratus, tapi saya meletakkan diri saya 200 peratus, saya membayangk­an anda semua tidak berada di gelanggang dan hanya saya seorang saja. Bagaimanap­un, dalam hati saya anda semua memang berada di sana memberi sokongan padu,” katanya.

Dia yang layak digelar semangat ‘Ratu Nanquan’ selepas meraih emas pada 2007 (nanquan-nandao), 2009 (nangun-nandao) dan 2013 (nanquan), mengakui bertambah yakin untuk terus mempamerka­n aksi cemerlang dalam disiplin nandao-nangun.

“Saya sudah berjaya menyelesai­kan satu tugas dan bertambah yakin untuk beraksi dengan lebih baik bagi disiplin nandao-nangun. Saya akan cuba sedaya upaya menyelesai­kan tugas seterusnya, selepas rutin saya hari ini (semalam) semuanya menjadi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia