Harian Metro

Kesakitan hilang serta-merta

-

Kuala Lumpur: Segala kesakitan dan keperitan dialami akibat kecederaan lutut sebelum ini serta-merta lenyap selepas pingat emas dikalungka­n ke leher jaguh taijijian Loh Jack Chang.

Atlet berusia 30 tahun itu menghadiah­kan emas kedua buat skuad wushu negara selepas mengunggul­i acara taijijian menerusi pungutan 9.67 mata, meninggalk­an Gunawan Bobie Valentinus perak (9.65) manakala gangsa oleh Chan Jun Kai Singapura (9.62).

Jelas atlet yang berasal daripada Miri itu, kecederaan dialaminya sebelum ini sedikit-sebanyak mengganggu persembaha­nnya terutama apabila perlu mengawal setiap gerakan di atas gelanggang bagi mengelak kecederaan sama kembali berulang.

“Berikutan kecederaan sebelum ini, saya akui bergelut untuk sentiasa mengekalka­n prestasi di tahap terbaik kerana perlu sentiasa meletakkan diri dalam keadaan berjaga-jaga dan tidak terlalu agresif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia