Harian Metro

Gerak tari duo renang berirama pukau juri

-

Kuala Lumpur: Malaysia menambah satu lagi emas dalam acara renang berirama menerusi gandingan Zylane Lee Hying Huey-Gan Hua Wei dalam acara rutin bebas duet di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Gandingan negara itu berjaya memukau juri dengan gerak tari yang menghiburk­an dan mantap untuk mengumpul 76.3000 mata.

Perak diraih pasangan Singapura Miya Yong Hsing-Debbie Soh Li Fei yang mengutip 76.2333 mata, perbezaan 0.0667 mata.

Pasangan Indonesia, Anisa Feritriant­i-Claudia Megawati Suyanto raih gangsa dengan 71.4667 mata.

Satu lagi gandingan negara, Lee Yiat Xin-Nur Liyana Nadirah Mohd Fairuz terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan 70.4667 mata. - BERNAMA

 ??  ?? HUA Wei (kanan) dan Yhing Huey ceria selepas merangkul pingat emas acara rutin bebas di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.
HUA Wei (kanan) dan Yhing Huey ceria selepas merangkul pingat emas acara rutin bebas di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia