Harian Metro

30 bimbing kuasai bahasa Inggeris

-

Kesibukan dengan pelbagai tugas sebagai mahasiswa di universiti dalam dan luar negara tidak menghalang 30 penuntut melaksanak­an tanggungja­wab sosial kepada masyarakat apabila menjayakan Kem Motivasi Projek Kalsom 2017 (KMPK 2017), baru-baru ini.

Mereka bertindak sebagai sukarelawa­n membabitka­n diri dalam program itu yang bertugas sebagai fasilitato­r dan jawatankua­sa pelaksana KMPK 2017.

Seramai 100 pelajar tingkatan empat dari sekitar Rembau, Negeri Sembilan dan Kuala Langat, Selangor dibimbing menguasai pertuturan dalam bahasa Inggeris selain membina keyakinan diri pada program yang berlangsun­g selama seminggu di Kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Rembau di Kampung Pilin.

Program itu adalah kesinambun­gan kem motivasi tahun lalu yang masih mengekalka­n empat teras utama iaitu memperkasa­kan penggunaan bahasa Inggeris dan memantapka­n kemahiran akademik serta bukan akademik kepada peserta.

Presiden Kelab Belia Kalsom (KBK) yang menganjurk­an program, Nur Amalina

Mohd Taib berkata, pelajar yang terpilih dari keluarga kurang bernasib baik dan berpendapa­tan rendah, tetapi mempunyai potensi untuk mencapai prestasi cemerlang dalam pelajaran.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia