Harian Metro

Program untuk murid kelainan upaya

-

Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menerusi Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) menganjurk­an program Polytechni­c Social Responsibi­lity (PSR) dengan beberapa sekolah di sekitar Merlimau.

Program Khidmat Masyarakat itu adalah dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai untuk merealisas­ikan Program Kolaborasi Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah berkenaan dengan mengadakan Karnival Permainan Tradisiona­l.

Program terbabit dilaksanak­an khas untuk murid kelainan upaya dari lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Rambai, Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat dan Sekolah Kebangsaan Parit Gantong.

Antara pengisian aktiviti untuk murid antaranya bermain batu seremban, lompat getah, baling selipar, chapteh dan tuju tin yang berlangsun­g Pusat Sukan, Politeknik Merlimau Melaka.

 ??  ?? PERMAINAN lompat getah meriah.
PERMAINAN lompat getah meriah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia