Harian Metro

Cara mudah bentuk pinggul, bakar lemak

-

Memiliki badan langsing dambaan setiap wanita. Namun, ramai memberikan pelbagai alasan untuk tidak bersenam disebabkan sibuk bekerja. Padahal senaman hanya perlu dilakukan tiga kali seminggu selama 30 minit untuk setiap sesi. Jika tidak mampu ke gimnasium anda boleh berjoging atau melakukan pergerakan di rumah.

Selain menggunaka­n dumbel, papan injakan atau papan senaman adalah cara mudah membentuk pinggul dan membakar lemak di bahagian paha.

Menurut Jurulatih Kecergasan Bangi Fitness Norhaizum Mohamed, latihan papan senaman membantu membakar kalori dengan lebih cepat, di samping menghilang­kan tekanan, oleh itu ia sesuai dilakukan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia