Harian Metro

‘ISTERI 6 HARI’

 Joy Revfa fail permohonan bubar perkahwina­n

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

> “Sejak berkahwin, kami hanya tinggal serumah selama enam hari sebelum dia tiba-tiba muncul pada 23 Mei lalu dan memberitah­u perkahwina­n kami tidak sah,” kata Siti Arifah Amin, 30, atau Joy Revfa yang memfailkan permohonan pembubaran perkahwina­nnya dengan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun, lapor Syafil Shazwan Jafri

“Sejak berkahwin, kami hanya sempat tinggal serumah selama enam hari sebelum dia tiba-tiba muncul pada 23 Mei lalu dan memberitah­u perkahwina­n kami tidak sah,” kata isteri kepada penyanyi nasyid popular, Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin, 30, atau Joy Revfa yang memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwina­n di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, di sini, Jumaat lalu.

Joy ketika ditemui berkata, tindakan itu diambil bagi mempertaha­nkan hak dan maruahnya sebagai isteri selepas berkahwin pada 1 Mei lalu.

“Sepanjang bersama, saya tak nafikan dia adalah suami yang penyayang dan kami melalui kehidupan seperti suami isteri lain. Selebihnya, saya tak mahu kongsi kerana ia terlalu peribadi,” katanya.

Joy hadir ke mahkamah itu semalam untuk melengkapk­an beberapa dokumen selepas memfailkan­nya Jumaat lalu.

Konflik rumah tangga pasangan ini timbul apabila Hafiz meragui status perceraian Joy dengan bekas suaminya sebelum ini tidak jelas sama ada ia sah ataupun tidak.

Disebabkan kecurigaan itu, Hafiz tidak dapat melaksanak­an tugasnya sebagai suami dan perkara itu perlu dirujuk kepada mahkamah terlebih dahulu sebelum hakim membuat keputusann­ya.

Joy berkata, selepas 23 Mei dia tidak lagi dilayan seperti seorang isteri dan kebajikann­ya dengan anak turut tidak dipedulika­n.

“Saya yakin pernikahan kami memang sah di sisi undang-undang dan agama. Saya tidak meragui perkara itu, tetapi dia (Hafiz) sebaliknya.

“Sepanjang tempoh itu, saya ada menghubung­inya dan merayu supaya dia kembali. Saya rasa tidak adil untuk saya dilayan sedemikian rupa,” katanya.

Menurut Joy, walapun pelbagai isu timbul dan dimanipula­si pihak tertentu, hatinya tak pernah berubah dan masih sayangkan Hafiz seperti mana ketika mula mengenalin­ya.

“Hubungan saya dengan keluarga mentua juga sangat rapat dan mereka sentiasa memberi sokongan kepada saya setiap kali berdepan masalah.

“Permohonan faraq itu adalah untuk saya menyelesai­kan beberapa perkara terdahulu sebelum kami bergelar suami isteri dan saya tidak dapat jelaskan kerana ia sulit,” katanya.

Menurut Joy, tindakanny­a itu bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi untuk membuka mata wanita lain mengenai hak sebagai isteri.

“Dengan tindakan ini, saya ingin semua wanita membuka mata dan sedar mengenai hak sebagai isteri dan undang-undang perkahwina­n Islam,” katanya ketika ditemui.

 ??  ??
 ??  ?? JOY ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, semalam. JOY sebak ketika menjawab soalan
media.
JOY ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, semalam. JOY sebak ketika menjawab soalan media.
 ??  ??
 ??  ?? HAFIZ
HAFIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia