Harian Metro

WAKAF DAKWAH

-

 Rosyam Nor, 20 wakil media panjat 2,200 anak tangga Menara Kuala Lumpur

itu mungkin kecil jika dibandingk­an dengan perjuangan mengembang­kan syiar Islam oleh Nabi Muhammad SAW dan ulama terdahulu.

“Usaha saya ini mungkin sangat kecil jika dibandingk­an dengan perjuangan Rasulullah dan ulama terdahulu, namun ia cukup besar maknanya bagi saya.

“Sepanjang memanjat 2,200 anak tangga ini, saya terkenangk­an bagaimana kesukaran Rasulullah dan sahabat berkorban untuk menegakkan Islam ketika itu,” katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau berkata demikian sebaik berjaya menghabisk­an misi simbolik berkenaan bersama wakil media yang lain.

Hadir sama Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Datuk Dr Hussamuddi­n Yaacub.

Sebaik menamatkan acara simbolik itu, Rosyam menyerahka­n naskhah al-Quran, panji WQH dan Jalur Gemilang kepada Tengku Sharifuddi­n.

Rosyam berkata, acara simbolik itu sebenarnya memberi pengertian yang mendalam iaitu menghayati pengorbana­n yang dilakukan oleh Nabi dan ulama terdahulu.

Menurutnya, usaha dakwah untuk mengembali­kan umat Islam kepada interaksi al-Quran adalah wakaf dakwah kepada pihak yang terbabit.

“Kami sangat mengharapk­an penganjura­n WQH dan Merdeka #QuranHour (MQH) mampu mengembali­kan masyarakat kepada al-Quran.

“Program ini juga dianjurkan sempena Hari Wukuf pada 9 Zulhijjah yang kebetulan berlaku pada Hari Kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Hussamuddi­n berkata, acara simbolik itu sangat bermakna dalam terjemahan dedikasi pihak yang terbabit termasuk gabungan media tempatan.

“Kerjasama media tempatan dalam mempromosi­kan program ini dilihat sudah menampakka­n tanda positif apabila sudah menjangkau 200 juta capaian di seluruh dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ROSYAM (tengah) berarak bersama pendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebagai simbolik kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour.
ROSYAM (tengah) berarak bersama pendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebagai simbolik kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour.
 ??  ?? ROSYAM (tiga dari kiri) bersama pendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur.
ROSYAM (tiga dari kiri) bersama pendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur.
 ??  ?? PENYERAHAN al-Quran, panji World #QuranHour dan Jalur Gemilang oleh Rosyam (tiga dari kiri) kepada Tengku Sarifuddin.
PENYERAHAN al-Quran, panji World #QuranHour dan Jalur Gemilang oleh Rosyam (tiga dari kiri) kepada Tengku Sarifuddin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia