Harian Metro

10 ANAK KAPAL PEMUSNAH AS HILANG

BERLANGGAR DI PERAIRAN TELUK RAMUNIA

-

Putrajaya: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 anak kapal USS John S McCain yang hilang selepas bertembung dengan kapal tangki minyak di 4.5 batu nautika perairan Teluk Ramunia, Tompok Utara di Johor semalam dijangka mencabar memandangk­an keadaan laut bergelora dan ombak besar.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata, ombak di kawasan berkenaan setinggi antara 0.5 hingga 1.5 meter dengan angin antara 10 hingga 20 kilometer sejam (KM/J).

“Keadaan ombak tinggi dan bergelora, operasi agak mencabar. Lokasi kejadian juga terletak di laluan utama di Selat Melaka dengan lebih 80,000 kapal menggunaka­nnya setiap tahun.

“Operasi SAR diaktifkan pada jam 8.45 pagi semalam membabitka­n kawasan seluas 100 batu persegi, yang dibahagika­n kepada empat sektor dengan keluasan 25 batu persegi setiap sektor,”katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Muda Datuk Tan Kok Kwee dan Pengarah Cawangan Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim Mohd Sabri Mohammad.

Zulkifli berkata, operasi SAR turut membabitka­n agensi maritim lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Beliau berkata, sektor A membabitka­n KM Mulia dan KM Marudu (Maritim Malaysia); Sektor B membabitka­n KD Handalan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM); Sektor C, bot Petir 12 dan Panggalang 39 serta Sektor D membabitka­n aset polis marin iaitu PSC 29 dan RH58.

“Selain itu, Singapura dan Amerika Syarikat turut menggerakk­an asetnya seperti RSS Gallant, RSS Resilience dari Singapore Navy dan Basking Shark dari Singapore Police Coast Guard.

“Malah, pihak Indonesia juga sudah menyertai misi ini dengan menghantar KRI Parang dan KRI Cucuk,” katanya.

Mengenai laporan akhbar asing mendakwa kejadian itu di kawasan perairan Singapura, Zulkifli berkata, tiada bukti menjurus ke arah itu tetapi Malaysia mempunyai alasan kukuh mengatakan ia berlaku di perairan negara.

Keadaan ombak tinggi dan laut bergelora, operasi agak mencabar. Lokasi kejadian juga terletak di laluan utama di Selat Melaka dengan lebih 80,000 kapal menggunaka­nnya setiap tahun”

Zulkifili

 ??  ??
 ??  ?? ANAK kapal yang cedera dibawa ke hospital umum menggunaka­n helikopter. BAHAGIAN kiri belakang kapal yang remuk selepas dirempuh Alnic MC, semalam.
ANAK kapal yang cedera dibawa ke hospital umum menggunaka­n helikopter. BAHAGIAN kiri belakang kapal yang remuk selepas dirempuh Alnic MC, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia