Harian Metro

KORBAN BIJI MATA KUCING

- Nor Amalina Alias am@hmetro.com.my

 Budak tujuh tahun maut tercekik biji buah

Siapa sangka buah mata kucing terakhir dijamah anaknya menjadi permintaan memilukan yang tidak mungkin luput daripada kenangan si ayah.

“Nak lagi sebiji.” Itu permintaan diajukan Nor Aina Fariha Mohd Fadzil, berusia tujuh tahun kepada bapanya sebelum anak kedua daripada tiga beradik itu menghembus­kan nafas terakhir selepas tercekik biji buah mata kucing dalam kejadian di rumahnya di Kuarters Klinik Cure & Care (CCRC) Kandis, di sini, kelmarin.

Sebelum kejadian jam 7 malam, Mohd Fadzil Mohamad, 36, bersama isteri, Siti Rugayah Ismail, 38, dan tiga anak termasuk Aina makan mata kucing yang dibeli berhampira­n rumah mereka.

Selepas itu ketika bersiap untuk solat Maghrib, Aina meminta untuk makan sebiji lagi buah berkenaan.

“Saya beritahu dia sudah makan banyak, namun dia tetap meminta untuk makan sebiji lagi sebelum saya mengupas buah itu dan memberinya kepada Aina.

“Tidak lama kemudian Aina datang dengan suara tersekat-sekat memberitah­u tercekik biji buah itu. Saya cuba pelbagai cara untuk keluarkan biji buah berkenaan, namun tak berjaya sebelum bergegas ke Klinik Kesihatan Bachok.

“Dalam perjalanan, saya melihat keadaan anak semakin lemah. Sejurus tiba di klinik, doktor mengesahka­n anak saya sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, Teratak Pulai, di sini, semalam.

Menurutnya, arwah yang juga murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kandis seorang anak yang petah bercakap, selain manja dengan semua ahli keluarga.

“Pemergiann­ya amat dirasai, namun kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Nor Aina Fariha dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, Teratak Pulai jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superinten­dan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, punca kematian disahkan doktor akibat mati tercekik.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Fadzil (kiri) di pusara Nor Aina di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, semalam.
MOHD Fadzil (kiri) di pusara Nor Aina di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia