Harian Metro

‘Habuan’ 20 tebuan

 Warga emas sedang alih lembu cedera disengat

- Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

“Saya bersyukur kerana terselamat walaupun disengat 20 tebuan hingga bengkak di muka dan bahu,” kata Fatimah Awang Lah, 70, dari Kampung Gerung, dekat sini.

Wanita warga emas itu dirawat di Hospital Besut berikutan kecederaan­nya selepas diserang serangga terbabit dalam kejadian di kampung berkenaan pada jam 5.30 petang kelmarin.

Menurutnya, dia berasa sakit selepas disengat tebuan hingga menyebabka­nnya pening ketika menyelamat­kan diri.

“Memang tidak dapat digambarka­n betapa sakitnya ketika itu, yang saya tahu hanya mahu menyelamat­kan diri selepas kumpulan tebuan datang menyerang tiba-tiba.

“Saya rebah ketika lari menyelamat­kan diri dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak mampu berdiri lagi kerana pening, nasib baik ada jiran datang membantu.

“Saya bersyukur cepat diselamatk­an, kalau tidak saya sendiri kurang pasti apa yang akan berlaku dan mungkin keadaan lebih te- ruk,” katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, warga emas berkenaan mahu mengalihka­n lembu peliharaan­nya yang ditambat di kawasan tidak jauh dari rumahnya.

Ketika hampir dengan lembu yang ditambat itu, tiba-tiba sekumpulan tebuan bertindak menyerangn­ya dan mendakwa disengat 20 tebuan.

Sejak awal bulan ini, empat kanak-kanak termasuk dua beradik maut dalam tiga kejadian serangan tebuan yang dilaporkan di Besut dan Dungun.

Pada 2 Ogos lalu, Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Benting Lintang, Besut maut disengat lebih 60 tebuan ketika bermain di halaman rumahnya.

Turut dilaporkan dua beradik meninggal dunia selepas diserang tebuan ketika bermain bersama seorang lagi saudara mereka di kawasan rumahnya di Kampung Batu Tiong, Dungun pada 8 Ogos.

 ??  ?? FATIMAH menerima rawatan di Hospital Besut.
FATIMAH menerima rawatan di Hospital Besut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia