Harian Metro

Denda RM2,500 curi jam RM600

-

Shah Alam: Pemandu bas dijatuhi hukuman penjara empat hari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencuri jam tangan milik Pegawai Pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia sempena Sukan SEA di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), minggu lalu.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Izuan Ayub, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh berbaju-T merah kelihatan sugul mengakui semua fakta kes dikemukaka­n pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mencuri seunit jam tangan jenama Swatch edisi Rio 2016 bernilai RM600 milik Norzazarin­a Omar, 40.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan UiTM, Stadium UiTM, Seksyen 1 di sini, antara jam 8 malam hingga jam 9 malam, 17 Ogos lalu.

Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarka­n fakta kes, mangsa memaklumka­n kehilangan itu kepada seorang individu yang melihat tertuduh sebagai pemandu bas untuk pasukan Myanmar memasuki bas pasukan Malaysia memakai jam itu.

Mangsa bertanya kepada tertuduh yang mengaku mengambil jam itu namun mendakwa meletakkan­nya semula di lokasi dijumpainy­a (bas Malaysia).

Bagaimanap­un, jam itu tidak ditemui dan Muhammad Izuan ditahan polis.

Terdahulu, tertuduh diwakili peguam Nurul Ikrimah Mohd Raya memohon hukuman diringanka­n kerana berpendapa­tan rendah dan mempunyai tanggungan ibu bapa.

“Selain menyesali perbuatann­ya, pengakuan tertuduh yang juga anak kedua daripada lima beradik itu menjimatka­n masa dan kos mahkamah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin yang mengendali­kan kes bagaimanap­un memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan umum.

Selain menyesali perbuatann­ya, pengakuan tertuduh yang juga anak kedua daripada lima beradik itu menjimatka­n masa dan kos mahkamah”

Nurul Ikrimah

 ??  ?? MUHAMMAD Izuan dijel empat hari dan didenda RM2,500.
MUHAMMAD Izuan dijel empat hari dan didenda RM2,500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia